Usaha haramkan KEADILAN, alasan ROS aneh- Saifuddin
PETALING JAYA: Alasan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa KEADILAN melanggar salah satu fasal perlembagaannya kerana memecat ahli tanpa melalui lembaga disiplin parti, disifatkan sebagai aneh.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata, fasal berkenaan bukan sahaja tidak wujud, malah sebab yang dinyatakan itu juga tidak boleh dijadikan asas bagi pengharaman KEADILAN.
Saifuddin berkata, dalam surat tunjuk sebab yang dikirim, ROS memberi alasan KEADILAN melanggar fasal 32.2.1 Undang-undang berdaftar parti dengan merujuk pemecatan Rajagopal a/l Andaikalam pada 2009.
“Fasal 32.2.1 tidak wujud dalam perlembagaan KEADILAN. Perkara aneh ini, mencerminkan niat jahat dan ‘mala fide’ ROS. Apakah ROS tidak membuat semakan perlembagaan KEADILAN yang diluluskan oleh mereka sendiri?,” soal Saifuddin ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi.
Notis bertarikh 9 Mei 2011 itu ditandatangani Dato’ Abdul Rahman Othman dari Kementerian Dalam Negeri, di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftaran KEADILAN selepas 9 Jun 2011.
Ia dikirim menerusi pos berdaftar dengan salinan turut dihantar kepada Presiden dan Bendahari Agung, menyatakan pendaftaran KEADILAN akan dibatal selepas 9 Jun, melainkan parti itu menyatakan sebab.
Menurut Saifuddin, sekiranya alasan pemecatan ahli tanpa melalui lembaga disipin digunakan, ROS sepatutnya sudah lama mengharamkan Umno.
“Sebelum ini Umno memecat saya tanpa dihadapkan ke lembaga disiplin parti. Mengapa ROS tidak menggunakan alasan yang sama untuk mengharamkan Umno?,” katanya merujuk pemecatannya pada 20 September 1998 oleh Setiausaha Agung Umno ketika itu.
Tambah beliau, nama Rajagopal seperti yang tertera dalam surat berkenaan juga adalah salah kerana nama sebenarnya Jayagopal a/l Andaikalam.
Saifuddin berkata, Jayagopal dipecat melalui keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada mesyuarat bertarikh 26 April 2009 kerana bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau sebagai calon bebas.
“Fakta ini diketahui umum dan boleh didapati dari laman web Suruhanjaya Pilihan Raya. Ia tidak boleh dinafikan. Justeru, adalah amat jelas dalam kes ini, penama tidak perlu dirujuk atas apa jua siasatan.
“Mana-mana parti politik tidak akan menerima keadaan di mana seorang anggotanya bertanding menentang parti sendiri,” kata Saifuddin sambil menambah, notis jawapan akan dihantar kepada ROS petang ini.
Sementara itu, Ahli Biro Politik KEAIDILAN, Sivarasa Rasiah berkata perkara pemecatan yang dibangkitkan tidak ada kena mengena dengan ROS memandangkan ia adalah isu dalaman parti.
“Inilah pertama kalinya dalam sejarah, apabila kita dengar isu pemecatan ahli dijadikan alasan untuk membatalkan pendaftaran parti. Saya yakin ada tangan Umno dan Barisan Nasional di belakang tindakan ini.
“Perkara ini cukup remeh dan bodoh yang cuba dilakukan untuk memberikan implikasi serius kepada KEADILAN. Tambahan dalam keadaan kita menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat,” ujar Siva.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13668
No comments:
Post a Comment