Klik Sini Menjadi Ahli

NOTIS PENTING

KEPADA SEMUA AJK PKR CABANG K.KRAU TERMASUK AMK DAN WANITA DIKEHENDAKI HADIR MESYUARAT KHAS PADA 26 MEI 2011 JAM JAM 08.30 MLM DI PEJ PKR K.KRAU SEMPENA PROGRAM DS ANWAR DI FELDA JENDERAK. MOHON HEBAHKAN (SUMBER: HJ SUHAIMI SAID)

24 May, 2011

Pengurus Felda pun pinta borang menjadi peneroka..

Oleh:  Hj Suhaimi Said  

Ramai pengurus-pengurus Felda yang sudah sedar dan insaf yang menyedari bahawa pendapatan mereka sebagai Pengurus Felda adalah lebih, jauh lebih kecil, dari peneroka-peneroka Felda yang tanam sendiri, turut memohon mendapatkan Borang Menjadi Peneroka Felda baru.

Beberapa orang pengurus Felda di kawasan Jengka dan ramai lagi pegawai dan kakitangan Felda memohon Borang tersebut.

Mereka ini yakin bahawa Pakatan Rakyat akan berjaya menubuhkan Kerajaan Baru menggantikan Barisan Nasional selepas PRU-13 nanti. Mereka telah lihat kesannya semasa Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini.

Mereka sudah dapat kesan bahawa Barisan Nasional sudah tidak dapat bertahan lagi di Putrajaya, dan mereka yakin bahawa Barisan Nasional akan kalah didalam PRU-13 nanti. Lagi cepat PRU diadakan, lagi cepat BN akan gugur.

Di rancangan-rancangan Felda di negeri-negeri Pahang dan Negeri Sembilan, sudah begitu ketara pergerakan peneroka-peneroka Felda yang mula memihak kepada Pakatan Rakyat.

Pengurus-pengurus Felda ini dapat rasakan bahawa terlalu banyak isu-isu membabitkan hak peneroka Felda yang diabaikan oleh Felda.

Isu-isu seperti geran tanah, perahan KPG, dana tanam semula, kunci kira-kira, hutang yang tinggi melampau, pendapatan bulanan yang terlalu kecil berbanding dengan hasil yang dikeluarkan daripada ladang masing-masing, menghantui UMNO/BN/Felda, dan mereka yang terlibat secara khusus dengan pengurusan diperingkat rancangan merasakan bahawa peneroka-peneroka tidak lagi mempertahankan pemerintahan UMNO/BN.

Pemansuhan Felda Plantation adalah program dari Pakatan Rakyat yang dinanti-nantikan oleh peneroka-peneroka Felda yang mahukan anak-anak mereka mempunyai masa depan yang cerah; manakala anak-anak peneroka Felda yang sedang berhadapan dengan pengangguran dan pendapatan yang kecil dan mempunyai masa depan yang gelap menunggu-nunggu kejatuhan Barisan Nasional agar harapan mereka untuk memiliki tanah menjadi kenyataan.

Kenyataan UMNO/Ahmad Maslan yang secara jelas menyatakan bahawa Felda tidak akan memansuhkan Felda Plantation sudah cukup untuk memualkan anak-anak peneroka untuk menolak UMNO/BN didalam Pilihanraya Umum akan datang.

Anak-anak peneroka ini faham bahawa selagi UMNO/BN memerintah, mereka tidak mempunyai apa-apa harapan untuk menjadi peneroka Felda dan memiliki tanah.

Mereka telah mengambil jalan yang jelas untuk menolak UMNO/BN untuk masa depan mereka yang cerah dan terjamin./Lubokkawah
 

Semak semula perjanjian IPP- TNB, tegas Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut kerajaan menyemak semula perjanjian berat sebelah antara syarikat Pengeluar Tenaga Bebas/swasta (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurut Anwar, perjanjian tersebut hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni yang rapat dengan pemerintah, sedangkan rakyat pula menanggung beban akibat kenaikan tarif elektrik.

“Berdasarkan perspektif inilah saya menggesa Kerajaan Persekutuan untuk berlaku adil dengan menyemak semula harga yang dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad, termasuklah menggugurkan elemen harga tetap seumpama harga kapasiti bersedia dan kapasiti tetap yang mengakibatkan kos elektrik meningkat,” tegas Anwar.

Anwar berkata, perjanjian itu sebelum ini direka untuk memastikan 26 syarikat IPP dilindungi dari sebarang risiko kenaikan harga bahan api seperti gas, disel dan arang batu menyebabkan TNB terpaksa menanggung akibat jika berlaku kenaikan harga.

Berikutan perjanjian ini, katanya, Petronas terpaksa mengeluarkan dan membeli gas asli pada harga yang lebih mahal dan kemudiannya menjual nya semula pada kadar harga subsidi tetap.

“Hakikatnya kos subsidi gas ini telah melonjak kepada RM 22 billion setahun jika dikira menurut kadar harga semasa minyak mentah serta gas asli,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Justeru itu, berikutan perjanjian yang rumit dan berat sebelah itu menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar tarif elektrik yang tinggi.

“Kos harga tenaga elektrik yang terpaksa dibayar TNB kepada Syarikat Pengeluar Tenaga Swasta(IPP) dan pengambilan untung pada kadar masa yang cepat oleh IPP ternyata membebankan rakyat samada secara menaikkan tarif elektrik atau kerana kerugian kewangan akibat dari subsidi gas untuk TNB/IPP kononnya demi merendahkan tarif,” katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Menurut Anwar, bekas Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope pernah menyatakan kepada umum bahawa beliau tidak setuju dengan harga yang terlalu mahal dikenakan oleh IPP kepada TNB.

“Harga yang dicatatkan iaitu 13.7 sen sehingga 15.5 sen per kWh (kilowatt hour), harga yang dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB)adalah harga yang lebih mahal dari harga yang dihasilkan sendiri oleh TNB. Ini bermakna TNB dipaksa membeli elektrik pada harga yang tak sepatutnya,” katanya.

Anwar menambah, sekiranya dibandingkan dengan Thailand, tarif elektrik Malaysia jauh lebih tinggi sungguhpun negara jiran itu membeli gas asli pada kadar harga semasa.

Harga semasa itu, katanya, tiga kali lebih tinggi daripada harga gas asli yang disubsidikan di Malaysia.

“Seorang pengguna yang memiliki rumah di Thailand hanya membayar 18 sen per kWh untuk 150 kWh yang pertama, manakala pengguna yang sama di Malaysia terpaksa membayar 22 sen untuk kadar yang sama. Ini bermakna perbezaan harga tarif elektrik yang mencecah 22%.

Akibatnya, pengguna runcit yang dikategori “tarif komersial untuk penggunaan voltan rendah” terpaksa membayar tarif yang lebih tinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan Thailand.

“Tarif nya di Malaysia ialah 37 sen per kWh, 48% lebih tinggi dari kadar di Thailand; pada kategori yang sama hanya berharga 25 sen per kWh.

“Justeru, sudah sekian lama saya menegaskan sekitar RM 22 billion subsidi gas(RM 19 billion pada tahun 1999) yang diberi kepada IPP/ sektor menjana tenaga tidak memberi makna kepada rakyat,” tegasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13915

Siapa Bertanggungjawab Terhadap Lynas?

Loji Lynas di Kuantan akan menjadi satu lagi mimpi ngeri. Lanthamide (nadir bumi) dari Australia yang akan diimport oleh Lynas ke Malaysia mengandungi thorium dan uranium, di mana pemperosesan di Kuantan akan menghasilkan sejumlah besar sisa radioaktif. Seterusnya, ada sesuatu yang tidak kena dengan seluruh proses kajian semula terhadap loji Lynas.
Di luar pengetahuan orang ramai, Penilaian Kesan Alam Sekitar Awal (PEIA) untuk Lynas tidak meliputi faktor radiasi dan kesihatan. Pada hakikatnya, PEIA tidak menjelaskan pengecualian aspek radiasi daripada skop EIA dalam pengenalannya. Sebaliknya, pengecualian itu hanya dinyatakan secara khusus dalam bab kemudian, contohnya Bab 8 ‘Ringkasan dan Rumusan’ (muka 8-13).

Sebagai tambahan, PEIA ada menyebut tentang Penilaian Kesan Radiologi (RIA) tetapi dalam keadaan yang tidak jelas. Contohnya, dalam Bab 2 PEIA, ia menyatakan ‘Agensi Nuklear Malaysia (MNA), perunding radiologi yang dilantik oleh Lynas pada ketika ini sedang berusa mengenal pasti dalam isu-isu keselamatan radiasi berhubung penyimpanan, pengendalian dan pengangkutan lanthamide’.

Pada akhir Bab 3, PEIA menyebut buat pertama kali bahawa sisa yang dihasilkan dalam operasi loji adalah berradioaktif dan penyimpanannya akan dilakukan menurut saranan berdasarkan kepada ‘Penilaian Kesan Radiologi’ MNA yang dijalankan untuk projek itu (muka 3-7).

Projek Lynas dengan segera mendapat kelulusan JAS Negeri Pahang, iaitu Cuma dalam tempoh dua atau tiga minggu selepas penyerahan cadangannya. JAS menerima PEIA pada 21 Januari 2008 dan diluluskan pada awal Februari. Bagi projek sebegitu komplek yang melibatkan bahaya radiasi dengan cadangan pengurusan, penyimpanan, dan pelupusan sisa yang kabur, kelulusan segera tersebut menimbulkan persoalan yang serius.

Ini terutamanya apabila PEIA diserahkan dan diluluskan, RIA mengenai isu keselamatan radiasi masih dalam proses sedang ditulis oleh MNA untuk diserahkan kepada AELB. Sehubungan dengan perkara ini, kami berasa bimbang:

Pertama, bagaimana PEIA boleh menyarankan Pilihan Binaan (muka 3-8) apabila isu keselamatan radiasi masih belum dipertimbangkan? Bagaimana JAS negeri meluluskan PEIA dengan keadaan tergesa-gesa?

Perlu diingat bahawa dalam PEIA, cadangan pengurusan sisa adalah kabur dan tidak mencukupi. Ia termasuklah perkara berikut:


Ruang untuk sel simpanan sisa bawah tanah amat terhad memandangkan air bawah tanah amat dekat dengan permukaan;

Kawasan itu juga mudah terjejas kepada mendapan kerana ia adalah bekas kawasan tanah paya; Pelepasan sisa berbahaya ke dalam Sungai Balok dan seterusnya ke laut;

Sisa radioaktif beracun dan berbahaya yang sepatutnya disimpan dengan teliti dalam kolam khas dan sel simpanan di tapaknya tetapi dicadangkan untuk digunakan semula sebagai baja, konkrit, papan plaster, untuk jalan dan sebagainya (muka 5-58, 59).

Kedua, terdapat RIA yang bebas daripada PEIA bermakna kini wujud dua penilaian kesan yang selari dan bebas. Ini berbahaya kepada seluruh proses kajian semula. Di bawah undang-undang alam sekitar Malaysia, JAS adalah pihak berkuasa penyelaras utama terhadap isu berkaitan alam sekitar dan kesannya ke atas kesejahteraan rakyat negara ini. MNA dan AELB adalah penggalak teknologi nuklear dan ini mungkin menimbulkan konflik kepentingan memandangkan MNA adalah perunding yang menulis RIA untuk Lynas.

Oleh itu, sejauhmana berkesannya JAS dalam mencapai mandatnya untuk melindungi alam sekitar dan kesejahteraan rakyat negara ini? Sejauhmana bebas dan autonominya JAS daripada MNA dan AELB? Adakah dasar dan keputusan JAS akan menjadi kurang penting berbanding kepentingan AELB? Adakah JAS terpaksa menyerahkan peranannya kepada AELB dalam perkara yang berkaitan dengan nuklear dan isu yang berkaitan dengan radiasi dan kesannya? Persoalan ini amat penting terhadap kredibiliti proses kajian semula Lynas.

Ketiga, apakah penilaian RIA dan prosedur kelulusan di bawah AELB? Sementara proses EIA umum di bawah JAS diterbitkan secara meluas dan mudah diperolehi (contohnya dalam laman sesawang JAS), secara perbandingannya, proses RIA terus tidak diketahui. Agensi kerajaan manakah yang berada di dalam panel kelulusan RIA? Apakah kriteria untuk penilaian RIA? Kenapakah RIA dan kandungannya tidak dapat diperolehi untuk pemeriksaan pakar bebas?

Keempat, Lynas dikehendaki untuk memohon kepada AELB lesen yang berasingan untuk menduduki, pembinaan, pengimportan bahan radioaktif, penimbunan sisa radioaktif di tapak, operasi sementara dan operasi kekal. Adalah tidak jelas jika Lynas mempunyai semua lesen untuk beroperasi. AELB berkata hanya lesen menduduki dan pembinaan yang diluluskan.

Kelima, PEIA yang dilakukan dengan tergesa-gesa itu juga kekurangan penilaian sosio-ekonomi yang sempurna. Tiada Penilaian Manfaat Kos (CBA) dilakukan. Alasan utama yang diberikan dalam PEIA untuk saranan Pilihan Binaan untuk projek Lynas ialah pulangan ekonomi dan kewangan yang besar.

Kekurangan analisis sosio-ekonomi yang sempurna dan CBA membuktikan cadangan Pilihan Binaan adalah tidak betul. Contohnya, apakah nilai untuk kesihatan awam, pelancongan, perikanan dan industri lain di kawasan itu dan apakah yang akan berlaku apabila ia terjejas oleh projek Lynas? Mereka juga perlu mempertimbangkan contoh kesan kesihatan jangka panjang dalam kes Asian Rare Earth di Perak, dan industri nadir bumi di China.

Terdapat isu-isu penting yang perlu ditangani berhubung projek Lynas. Berdasarkan kepada perkara yang disebutkan di atas, CAP dan SAM menyarankan bahawa:

Projek Lynas dihentikan dalam usaha untuk menangani isu, termasuk Pelan Pengurusan Sisa (WMP) yang menurut pakar perlombongan Australia dilaporkan sebagai berkata, ‘masih belum didedahkan oleh Lynas)’ 

Penilaian bersepadu dan telus perlu dilakukan untuk projek yang memerlukan EIA dan RIA. Ini boleh mencegah PEIA atau DEIA (EIA lengkap) diluluskan tanpa mengetahui sepenuhnya kesan keselamatan radiologi dalam RIA;

DEIA diperlukan mengikut undang-undang bagi sebarang projek yang memerlukan RIA, dengan itu memastikan proses kajian semula yang lebih teliti. Ini wajar, memandangkan aktiviti kurang berbahaya memerlukan penilaian kesan alam sekitar yang lengkap. Seterusnya, tidak seperti PEIA, DEIA memastikan penyertaan awam satu mandatori;

Analisis sosio-ekonomi yang sempurna diperlukan bagi semua EIA, sama ada peringkat awal atau terperinci; Ahli politik (negeri dan persekutuan) seharusnya tidak membuat dakwaan bahawa projek kontroversi itu adalah selamat memandangkan pengesahan politik yang tidak bertauliah itu menjadikan kelulusan projek itu bersifat politik, amat berat sebelah dan berbahaya.

SM Mohamed Idris
 

Khairy bersandiwara, sokong kenaikan harga barang ketika Tun Abdullah jadi PM

 
KENYATAAN MEDIA
23 MEI 2011

Saya merujuk ucapan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seperti yang dilaporkan oleh media.
Antara lain, Khairy menggesa Pemuda Umno seluruh negara membuat usul menentang kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat, mencadangkan kerajaan menyemak semula perbelanjaan untuk program PLKN yang berjumlah RM600 juta dan mencadangkan kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan.

Secara luarannya ucapan beliau dilihat menentang penarikan subsidi dan kenaikan harga petrol dan barang keperluan oleh kerajaan.  Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihanraya umum semakin dekat. Ini kerana pada tiga tahun lepas, Khairy membuat kenyataan yang jauh sama sekali bertentangan dengan kenyataan beliau hari ini.

Saya menyemak ucapan Khairy di Dewan Rakyat pada 23 Jun 2008 ketika membahas usul kenaikan harga petrol dan barangan yang dikemuka Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Dalam ucapan tersebut, Khairy direkod hansard sebagai berkata, "walaupun pahit dan mengundang pelbagai reaksi negatif rakyat jelata, (namun) keputusan kerajaan menstrukturkan (menarik balik) subsidi merupakan satu keperluan ekonomi yang tidak dapat dielakkan".  Beliau juga berkata dengan menaikkan harga minyak dan harga barangan keperluan, kerajaan membuat keputusan yang bertanggungjawab, beramanah dan jauh memandang ke hadapan.

Beliau menambah, walaupun rakyat terpaksa memikul beban hari ini, penstrukturan semula subsidi ini membawa system yang lebih adi ldengan subsidi yang progresif.  Harus diingat, petikan ucapan di atas adalah ketika bapa mertua beliau, Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri.

Soalan saya, kenapa Khairy sebagai seorang pemimpin utama parti Umno mengubah pendirian prinsipnya hanya dalam masa tiga tahun.  Kenapa ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri, Khairy menyokong penarikan subsidi dan kenaikan harga barang, sedangkan ketika Datuk Seri Najib

Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Khairy terpaksa meminjam hujah Pakatan Rakyat yang konsisten menentang kenaikan harga barang dan penarikan subsidi kepada rakyat?

Saya percaya ini, sikap sebenar Khairy adalah ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri dan sikapnya tidak pernah berubah, kecuali untuk mengabui mata rakyat dan berlagak hero menjelang pilihanraya ke 13.


Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung KEADILAN
23 Mei 2011

NEGARA DALAM KRISIS

Krisis Ekonomi

Ekonomi negara terus kekal di takuk lama sejak krisis kewangan Asia Timur 1997/98. Selepas sedekad berdepan dengan kelesuan ekonomi, Malaysia kini ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Taiwan dan Singapura sementara kita juga diancam oleh jiran serantau seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Jawapan pentadbiran sedia ada kepada kemelut ekonomi ini adalah dengan menabur janji-janji melalui kempen slogan yang menelan belanja ratusan juta wang rakyat.

Rakyat disajikan dengan pelbagai perancangan ekonomi seperti Model Ekonomi Baru (MEB), Program Transformasi Kerajaan (PTK), Program Transformasi Ekonomi (PTE) dan lain-lain yang sebenarnya tidak keluar dari kebijakan ekonomi yang digunapakai selama ini.

Program-program ini masih bersandarkan kepada keborosan membelanjakan wang rakyat untuk membina projek-projek mega tanpa ada keikhlasan untuk melaksanakan reformasi ekonomi yang diperlukan negara.

RM 325 bilion wang PETRONAS diambil antara tahun 2007 hingga 2010. Ini bermakna purata setahun adalah RM 81.25 billion ringgit.

KDNK negara adalah lebih kecil dari KDNK Singapura bermula dari tahun 2009, kali pertama dalam sejarah ia berlaku.

4.7 % purata pertumbuhan ekonomi 2006 – 2010, sedangkan sasaran adalah 6%.

4.2 % purata pertumbuhan ekonomi 2001 – 2005, sedangkan sasaran adalah 7.5%.

12 tahun berturut-turut Malaysia gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi.

10 tahun berturut-turut kerajaan Malaysia mengalami belanjawan defisit.

23 May, 2011

PKR PAHANG BERSEDIA MENANTI KEHADIRAN PARTI KITA

Selamat Datang Datuk Zaid Ibrahim ke Pahang.  Itulah yang boleh kita sampaikan kepada bekas pemimpin PKR yang kini mengetuai parti KITA yang dikatakan berhasrat untuk meletakkan calon KITA bertanding di beberapa kawasan Dun di Negeri Pahang di dalam PRU ke 13 akan datang.

PKR Pahang khususnya telah bersedia beranding bahu bersama rakan di dalam Pakatan Rakyat di dalam misi menawan Pahang di dalam PRU nanti.  Sehubungan itu, PKR tidak merasa terancam dengan kehadiran KITA di bumi Pahang ini, bahkan merasa agak selesa kerana sudah pastinya kehadiran KITA di dalam Pilihanraya nanti sedikit sebanyak boleh membantu Pakatan Rakyat mengurangkan undi terhadap Umno/Bn.

Mungkin ada yang berpendapat PKR akan terjejas kerana terdapat pemimpin PKR di peringkat Cabang telah keluar dari parti dan menyertai KITA.  Sebenarnya hanya seorang sahaja pemimpin yang keluar parti dan menyertai KITA tetapi pemimpin berkenaan gagal mempengaruhi ahli-ahli yang lain untuk bersamanya. 

Kini, PKR Pahang berada di dalam keadaan yang mantap dan kukuh dengan merancakkan aktiviti dan program parti menjelang PRU ke 13 nanti.  Kita yakin, rakyat tidak lagi terpedaya dengan propaganda dan janji-janji manis dari pemimpin Umno/Bn di negeri ini kerana mereka telah diberi peluang begitu lama untuk mentadbir Negeri Pahang.  Adakah rakyat Pahang bertambah selesa atau bertambah sengsara? Di dalam keadaan ekonomi yang tidak membangun dan kos sara hidup yang semakin tinggi, harga barang yang tidak mampu lagi dibendung kenaikannya, sudah sampai masanya rakyat bangun membuat perubahan.

Sambutan rakyat Pahang terutamanya di kawasan felda baru-baru ini terhadap program ceramah anjuran Pakatan Rakyat jelas menunjukkan perubahan bakal berlaku di Pahang. Namun demikian, semua pimpinan di semua peringkat negeri ini haruslah meningkatkan lagi usaha menambat hati rakyat.  

KENYATAAN RASMI PRESIDEN PKR

Kisah tanah runtuh Hulu Langat di rumah Persatuan Anak Yatim dan Madrasah Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14 merupakan satu tragedi. Ia menggesa kita semua mengambil iktibar dengan apa yang terjadi dan mempertingkatkan lagi kesedaran serta keprihatinan dalam kehidupan seharian.

Saya sempat menziarah mangsa yang terselamat juga bersama jenazah di Masjid Bt 14. Suasana sebak dan pilu menyelubungi hadirin yang hadir, apatah lagi bagi anak-anak yatim yang terselamat bila mengenangkan teman-teman yang terkorban. Pastinya trauma yang mereka alami memerlukan sedikit masa untuk sembuh dan bakal memberi impak dalam kehidupan mendatang.

Tidak lupa dengan kecekapan dan ketangkasan anggota keselamatan serta para sukarelawan harus dipuji. Mereka bertungkus lumus menyelamatkan anak-anak dalam hujan lebat dan keadaan tanah yang masih menunjukkan pergerakan yang tidak menentu.

KEADILAN memandang tragedi ini sebagai satu peringatan kepada manusia terhadap kepentingan menjaga keselamatan di tempat tinggal, sekolah, hospital dan terutamanya tempat-tempat anak-anak yatim dan orang-orang tua. Sikap tanggungjawab terhadap ciri-ciri keselamatan mesti dititikberatkan agar kejadian sama tidak berulang.

KEADILAN menggesa kerajaan Negeri Selangor menyiasat punca terjadinya tanah runtuh ini. Siasatan juga hendaklah dilakukan ke atas semua pembinaan bangunan dilereng-lereng bukit termasuk premis-premis persendirian. Sudah cukup Negara ini berhadapan dengan kejadian seumpama ini.

KEADILAN mendoakan agar mangsa yang terlibat akan diberikan perhatian untuk mereka dapat kembali dan terus melanjutkan pendidikan mereka. Takziah kepada keluarga mangsa semoga mereka tabah dengan ujian besar ini. Kepada anak-anak yang gugur syahid kita doakan agar mereka ditempatkan bersama para muslimin beriman.
Sumber: KeadilanDaily

25-26 MEI - BENGKEL PILIHANRAYA ZON TIMUR-PAHANG, TERENGGANU & KELANTAN

BENGKEL PILIHANRAYA ZON TIMUR-PAHANG, TERENGGANU & KELANTAN

Tarikh                   :               25 & 26 Mei, 2011
Tempat                 :               Duta Village Resort, Beserah, Kuantan, Pahang

Aturcara Program


Tarikh & Masa
Program
PIC

25hb Mei (Rabu)
9.30 pg
10.30 pg
11.00 pg

12.30 tgh
2.30 ptg
3.30 ptg

5.00 ptg
7.00 ptg
8.15 mlm




11.00 mlm


Pendaftaran Peserta dan Minum Pagi
Majlis Perasmian
Sesi Khas oleh Jabatan Latihan dan Komunikasi Selangor
Makan Tengahari dan Daftar Masuk Bilik
Sesi 1 : Taklimat Bengkel
Sesi 2 : Cabaran dan Persediaan Menghadapi PRU13
Minum Petang & Rehat
Makan Malam
Sesi 3 : Pengurusan Pilihanraya dan Perancangan Kempen Pilihanraya yang Berkesan
Topik 1 : Pengurusan Pilihanraya
Topik 2 : Pengurusan Pengundi
Topik 3 : Gerakkerja
Minum Malam dan Rehat


Sekretariat
Dato’ Fauzi MPN Pahang
Fariz Musa

Sekretariat
Muhammad Saedi
Hj Ismail Yusop





Sarimah Lisut
Hasnah Hashim
Aisah Lamsah
26hb Mei (Khamis)
7.00 pg
9.00 pg

10.30 pg
10.45 pg
12.00 tgh
12.30 tgh
1.00 tgh
2.30 ptg


Sarapan Pagi
Bengkel 1 : Kemaskini Persediaan Cabang Menghadapi PRU13
Minum Pagi
Pembentangan Hasil Bengkel Berkumpulan
Rumusan dan Penilaian Bengkel
Majlis Penutup
Makan Tengahari
Bengkel Tamat



Muhammad Saedi


Muhammad Saedi
Hj Ismail Yusop
MPN Pahang



22 May, 2011

PEMBAHAGIAN KERUSI PKR PAHANG - MISI TAWAN PAHANG


PKR Negeri Pahang telah mengadakan Mesyuarat Koordinasi Pembahagian Kerusi Pilihanraya Umum Ke 13 yang akan datang yang diPengerusikan oleh Dato' Fauzi Abd Rahman, Selaku Pengerusi PKR Negeri Pahang.

Mesyuarat tersebut telah diadakan di Ibu Pejabat PKR Pahang pada 22 Mei 2011 jam 11.00 pagi yang turut dihadiri oleh YB Fuziah Salleh (MP Kuantan), Sdr Ahmad Nizam (Timb Pengerusi PKR Negeri), Tn Hj  Suhaimi Said (Naib Pengerusi 1 PKR Negeri) dan juga Sdr Zaidi selaku Ketua Biro Pilihanraya PKR Negeri Pahang.

Mesyuarat berkenaan telah membincangkan tentang pembahagian kerusi yang bakal ditandingi oleh PKR di beberapa kawasan Parlimen dan Dun di Negeri Pahang untuk dikongsi bersama dengan rakan dari Pakatan Rakyat iaitu PAS dan juga DAP.  PKR Pahang tentunya meletakkan matlamat utama untuk memenangi kesemua kerusi yang ditandingi agar misi menawan Pahang akan tercapai.

Selain dari membincangkan tentang pembahagian kerusi, mesyuarat ini juga turut menyentuh beberapa perkara dan strategi parti untuk berdepan dengan Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.  Hasil mesyuarat ini akan dibawa ke dalam mesyuarat bersama semua Ketua cabang PKR Negeri dan juga kepada bersama pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pahang akan datang.              





  

APABILA PERUT SUDAH KENYANG


Kejahatan kerajaan sekular merompak wang rakyat sejak bermulanya kutipan tol oleh syarikat konsesi METRAMAC pada 1 Ogos 1995, cuba dipadamkan oleh mereka dengan kata-kata daripada Menteri Kerja Raya iaitu Datuk Shaziman Abu Mansor: “Pengumuman ini juga adalah hadiah daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat, khususnya pengguna lebuh raya sempena Hari Wesak."
Kita boleh membayangkan betapa banyak wang hasil rompakan yang dapat dipungut oleh “perompak” tersebut di sepanjang 16 tahun tol itu wujud dan beroperasi di jalan raya tersebut. Untuk itu, rakyat umum dan khususnya umat Islam sewajarnya tidak mudah tertipu dan terpedaya dengan permainan politik sekular UMNO dan sekutu-sekutunya itu.


Dalam Islam, adalah menjadi kewajiban pemerintah untuk menjaga dan mengurus urusan umat Islam dengan pengaturan yang berlandaskan hukum Syara’. Jalan raya adalah salah satu daripada pemilikan umum yang wajib diurus oleh pemerintah bagi kemudahan rakyat dan diberikannya secara percuma. Bukannya seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan sekular hari ini yang mana mereka tidak dapat memisahkan pemikiran mereka daripada sudut pandangan kapitalisme. 
Semua perkara yang dilakukan, daripada A hingga ke Z, akan sentiasa dipastikan supaya berpihak kepada mereka dan akan dijamin memberikan pulangan keuntungan semaksimum yang mungkin kepada kerajaan sekular yang berkuasa. Sedangkan dalam Islam, secara jelas bahawa tol adalah suatu bentuk cukai yang diharamkan oleh Islam. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sumber: Berita Harian 17/5/11
Kutipan tol METRAMAC mansuh

Penutupan plaza tol berkenaan memberi manfaat kepada lebih 100,000 pengguna lebuh raya itu sehari, terutama penduduk Bandar Permaisuri, Bandar Tun Razak dan kawasan sekitar yang perlu membayar tol 50 sen setiap kali melaluinya sejak Ogos 1995.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata berikutan pemansuhan kutipan tol berkenaan, dianggarkan RM180 juta tidak akan dikutip sepanjang tempoh baki konsesi terbabit, manakala kerajaan juga tidak perlu membayar sebarang pampasan atas persetujuan penutupan awal tol itu.

Katanya, langkah itu adalah manifestasi kesungguhan kerajaan mencari penyelesaian berhemah untuk pengguna dalam isu tol. “Hasrat kerajaan ini sudah pun mula direalisasikan menerusi keputusan kerajaan menamatkan kutipan tol di beberapa lebih raya sejak 1993 lagi. “Pengumuman ini juga adalah hadiah daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat, khususnya pengguna lebuh raya sempena Hari Wesak yang akan disambut esok (hari ini),” katanya berucap pada majlis pemansuhan kutipan tol di plaza tol arah Cheras dan Petaling Jaya METRAMAC di sini, malam tadi. 
METRAMAC sepanjang 6.5 kilometer dengan kos pembinaan RM125 juta yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught, mula dibuka kepada lalu lintas pada 1 Ogos 1995.

Perjanjian konsesi antara kerajaan dan Metramac Corporation Sdn Bhd yang ditandatangani pada 13 Februari 1992, berkuat kuasa untuk tempoh selama 23 tahun dan akan tamat pada 31 Mei 2018. Kadar tol dikenakan di kedua-dua plaza tol berkenaan ialah RM0.50 bagi kelas satu dan lima, RM1 bagi kelas dua dan tiga, serta RM0.30 bagi kelas empat. Pada 28 Januari lalu, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa kutipan tol di plaza tol arah Cheras dan Petaling Jaya METRAMAC akan ditamatkan lebih awal berbanding tarikh tamat tempoh konsesinya.

FOTO DAN VIDEO - TRAGEDI TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT










Sumber:  Terima kasih kepada Blogger sahabat.

TAKZIAH DARI PKR PAHANG

Pengerusi PKR Negeri Pahang, Dato' Fauzi abd Rahman mewakili seluruh ahli PKR Negeri Pahang mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh Madrasah Al-Taqwa, Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat, Selangor.

Mudah-mudahan waris mangsa yang terlibat dapat menerima ujian Allah ini dengan penuh kesabaran dan keredhaan. Dilaporkan sehingga pukul 8 malam tadi, sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun. Seramai sembilan mangsa dilapor masih tertimbus dalam runtuhan itu.

PKR Pahang juga mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor yang bertindak pantas memberikan bantuan sebaik sahaja tragedi ini berlaku. Penghargaan juga buat semua pihak yang bertungkus lumus di dalam memberikan bantuan di dalam tragedi malang ini.

21 May, 2011

Pengundian Pos: DAP desak pemantauan dari parti politik

 May 20, 2011 

Undi Pos untuk anggota tentera dan polis telah diberi penjenamaan semula dan dikenali sebagai pengundian awal dan hanya akan dikendalikan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang pilihan raya umum akan datang.  Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar berkata pungutan pengundian awal (advanced voting) akan dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai khas yang dilantik semula dan bukan lagi pegawai atasan di dalam kem askar mahupun ibu pejabat polis.

Sementara itu, penghapusan undi pos yang dikecualikan kepada kesemua anggota keselamatan yang bertugas di luar Negara dan di perbatasan adalah sangat- sangat dialukan berikutan wujud kebimbangan bahawa tiada perbezaan dalam mewujudkan pilihan raya yang bebas, adil dan berkecuali sekiranya parti politik masih tidak mempunyai hak untuk menjadi pemerhatian ketika proses pengundian dijalankan.

DAP menegaskan bahawa pemantauan dari parti politik dan SPR harus dilaksanakan ketika proses pengundian dillakukan bagi memastikan tiada ada manipulasi mahupun penipuan berlaku.

Semua penguatkuasaan undang-undang Malaysia dan anggota angkatan bersenjata mengorbankan hidup mereka setiap hari bagi melindungi Negara dan mereka seharusnya mempunyai hak dan keistimewaan yang sama seperti orang lain.  Oleh itu, proses pengundian undi seharusnya dilakukan dengan semudah mungkin.
Dalam amalan sekarang, undi pos dilaksanakan kepada hampir semua angkatan bersenjata termasuk polis sendiri.  Pengiraan undi kemudiannya dilakukan secara berasingan di mana kertas undi dimasukkan dalam sampul dan dikempilkan bersama dengan borang yang bertandatangan dan butiran lain.  Akibatnya, proses begini jelas tidak telus dan boleh menimbulkan kecurigaan kepada semua undian yang dilakukan samada identiti pengundi boleh dikesan, ini dianggap tidak mengikut perlembagaan.

Kertas cadangan baru untuk menghapuskan undi pos dilihat menjadi pengubat kepada permasalahan di atas.  Walau bagaimanapun, persoalan besar ialah bagaimana perkara ini boleh dilakukan?  Dari laporan media, pasukan bersenjata dan anggota polis akan membuang undi dua atau tiga hari awal di tempat pengundi sebelum tarikh sebenar pilihan raya.  Jika ini benar, timbul pertanyaan adakah proses undi akan dikawal rapi seperti Ejen Tempat Undi (Polling Agent) dibenarkan dan sebagainya?

Akhir sekali, perkara lebih menarik untuk dilihat ialah adakah perubahan tersebut akan dilaksanakan dalam pilihan raya akan datang?  Terpulang kepada Pengarah SPR untuk membuktikan sama ada perubahan tersebut ke arah positif dan akan memberi pelindungan untuk mengelakkan berlakunya penipuan termasuk memudahkan pihak- pihak tertentu melakukan penipuan selama proses undi pos atau pengundian awal.

DAP menyokong sepenuhnya proses pengundian yang lebih telus dan berharap SPR akan memastikan bahawa peraturan ini dipatuhi.  Selain itu, jika kita dapat menyediakan peluang mengundi secara biasa kepada anggota bersenjata dan polis, kita juga harus memberi peluang yang sama kepada hampir 1 juta rakyat Malaysia yang menetap atau bekerja di luar Negara.  

Singapura telah berjaya memberikan hak- hak rakyat untuk mengundi di Suruhanjaya Tinggi dan Kedutaan Besar di luar Negara dan India juga telah melakukannya.  Jika India yang mempunyai pengundi yang jauh lebih besar mampu melaksanakan program seperti ini, jadi tiada sebab mengapa Malaysia tidak mampu untuk mengembalikan hak mengundi kepada rakyatnya.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar atas) selaku Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan./MerdekaReview

Projek IC: Saya TPM tapi tak dirujuk, kata Anwar

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbas semula satu projek rahsia bawah Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri berhubung pendaftaran warga asing sebagai warga Malaysia – dikatakan sebagai penyumbang utama kepada peluasan Umno di Sabah.

Namun, Anwar menegaskan bahawa beliau bukanlah salah seorang daripada individu yang mengetahui secara khusus mengenai projek rahsia berkenaan walaupun beliau merupakan timbalan perdana menteri pada ketika itu.

"Saya telah menjelaskan perkara ini dan ia tidak dipertikaikan. Ia merupakan operasi khas di bawah JPM dan Kementerian Dalam Negeri, pada waktu itu berada bawah (Tun Dr) Mahathir (Mohamed) dan Megat Junid (Megat Ayub).

"(Operasinya) ada sistem dan jumlah (individu atau peruntukan) tidak pernah dirujuk kepada kabinet atau majlis tertinggi Umno atau kepada biro politik," kata ketua umum PKR itu dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini pada minggu lalu.

illegal immigrants roundup 010305 patiently waitingAnwar bagaimanapun menjelaskan, beliau tidak mendapat maklumat secara langsung berhubung projek berkenaan dan hanya mengetahui mengenainya daripada sumber sekunder.

"Saya merupakan timbalan presiden Umno, tetapi tidak pernah menjadi penandatangan kepada apa-apa cek dalam Umno. Anda boleh bayangkan?

"Pada waktu itu saya bukan sekadar timbalan biasa, saya agak berpengaruh. Tapi perkara tertentu (seperti) keselamatan dalam negeri, operasi ini, duit – itu adalah (tanggungjawab) Mahathir dan (Tun) Daim (Zainuddin)," katanya lagi.
Operasi rahsia

Anwar sebelum ini turut terpalit dengan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam operasi yang antara lainnya pernah didokumentasikan dalam buku Lest We Forget: Security and Sovereignty of Sabah tulisan bekas pemimpin kanan Parti Bersatu Sabah, Dr Chong Eng Leong.

mahathir and anwar hardtalk showMahathir telah menafikan dakwaan berkenaan manakala satu inkuiri pada 1997 oleh satu jawatankuasa terpilih Parlimen ke atas sejumlah penjawat awam yang ditahan bawah ISA tidak pernah didedahkan kepada umum.

Tanda tanya berhubung 'Projek IC' ini timbul semula apabila PKR menimbulkan dakwaan pada awal bulan ini bahawa Umno Hulu Selangor telah meminta KDN memberikan kerakyatan kepada 2,000 orang warga asing.

NONEBagaimanapun, Anwar berkata warga asing berkenaan sepatutnya diberikan kerakyatan sekiranya golongan itu mencapai kelayakan dan melalui proses yang sepatutnya.

"Tapi kenapa ia perlu jadi operasi rahsia. Kenapa ia tidak boleh dijalankan secara telus? Maksud saya, jika mereka sebelum ini warga Indonesia yang telah tinggal di sini selama 20, 30 tahun, saya tidak nampak sebab mengapa kita patut halang.

"Saya tidak memegang pandangan ekstrem seperti sesetengah rakan kita di Sabah," katanya lagi yang menjangkakan kos operasi di negeri berkenaan mencecah angka "ratusan juta ringgit."

captured detained illegal immigrants 030707Tambahnya lagi, sekiranya usaha yang sama dijalankan di seluruh negara, ia akan memakan belanja tambahan sebanyak beberapa ratus juta ringgit.

"(Adakah) sukarelawan Umno yang buat begini? Tidak. (Ia melibatkan) syarikat-syarikat besar," katanya yang berpendapat isu tersebut tidak akan disiasat sepenuhnya kerana ia mungkin turut melibatkan kementerian dalam negeri./Malaysiakini

PADAN MUKA , UTUSAN RUGI RM6.893 JUTA SUKU TAHUN PERTAMA

Hina Utusan: Langkah mayat kami, kata PERKASA

Oleh:   Kapt (B) Yazid
 
Mengelikan hati kenyataan juak juak yang " melayu mudah lupa " ni , mereka lupa sejarah atau pura pura lupa..demi sikap pembohong dan munafik demi kerakusan kuasa !!!

Ingatkah kita bahawa orang melayu ,Mantan Menteri Pelajaran dalam kerajaan UMNO yang membunuh " tulisan jawi " ??! satu tika dulu, akibatnya anak melayu islam lemah membaca Al Quran dan yang malang sekali" UTUSAN MELAYU" bahan bacaan penting bagi orang orang melayu dikampong tradisi??!! TERKUBUR TANPA BATU NESAN !!

La ni sejarah berulang !! Etika kewartawanan UTUSAN MALAYSIA dicampakkan ke dalam longkang demi kerakusan kuasa dengan merosakkan MINDA orang melayu dengan disumbatkan dengan berita berita yang berat sebelah, mengapikan sifat perkauman yang sempit dan disogok dengan berita " lubang kecing bernanah " yang highlightkan selalu untuk menjatuh maruah pemimpin yang digeruni hinggakan kanak kanak sekolah turut membacanya dan meransangkan mereka tentang " lubang kencing "!!!inilah dia media yang merosakkan akhlak muda mudi..

Berita yang tepat dan telus akhbar UTUSAN ini yang tidak boleh dipertikaikan ialah keputusan judi " TOTO/4 digit/3digit" yang merupakan hasil mahsul negara!!!

Malangnya " mission " Utusan Meloya untuk meracuni minda rakyat kecundang.....54tahun dulu mungkin BOLEH....tapi dewasa ni anak anak muda melayu sudah terpelajar dan berpengetahuan IT...mereka banyak membaca dari berbagai bagai sumber yang sahih bukan dari sumber yang berat sebelah !!! akhirnya mereka merasa LOYE ! MUAK ! BENCI dan MEMULAU ! terhadap akhbar melayu konoooonnya !
Berita semalam, Kumpulan 60 penyokong kedua-dua kumpulan itu yang turut disertai Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) berhimpun selama satu jam sebelum bersurai pada pukul 3.10 petang. Mereka-mereka nilah penyokong, pembela maruah Melayu yang tidak bermaruah. Utusan Fitnah, Utusan Lucah, Utusan Pembohong Melayu.

Sesuai di sini sahaja tempat mu !!!!
 



 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
SHAH ALAM 18 MEI : Ketika akhbar lain mencatat keuntunganm Utusan Melayu (M) Bhd mengalami kerugian sebelum cukai RM6.893 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2011, berbanding RM6.524 juta pada suku yang sama pada 2010.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan mendakwa kerugian itu disebabkan peningkatan bahan mentah sebanyak 30 peratus.


Ia berkata perolehan bagaimanapun meningkat kepada RM85.828 juta berbanding RM74.830 juta sebelumnya.


Utusan berkata peningkatan saingan untuk penguasaan pasaran perbelanjaan pengiklanan dijangkakan berterusan tahun ini.


"Bagaimanapun unjuran pertumbuhan positif dalam keluaran dalam negara kasar dan perbelanjaan pengiklanan bagi 2011 akan menyediakan peluang untuk kumpulan itu meningkatkan perolehan pengiklanan," katanya

SURAT TERBUKA KEPADA SELURUH ANGGOTA TENTERA DAN POLIS

Salam sejahtera,
Saudara/saudari sahabat-sahabat anggota polis, tentera dan para isteri/suami di seluruh Negara,
Angin pilihanraya bertiup kencang sejak mutaakhir ini. Bermakna kita akan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) yang akan menentukan halatuju rakyat dan Negara untuk tempoh 5 tahun yang akan datang. Parti-parti politik yang bertanding semakin memperhebatkan gerak kerja masing-masing. Dari menyusun jentera parti, menyebarkan idea masing-masing, menambahkan bilangan ahli, sehingga ke peringkat mendaftar pengundi baru yang diharap akan mengundi parti yang mendaftarkan mereka. Pengundi-pengundi awam telah dikunjungi oleh pemimpin-pemimpin politik dan jentera kempen. Sama ada di pihak Pakatan Rakyat (PR) mahu pun Barisan Nasional (BN), masing-masing dengan strategi yang tersendiri.
Walau bagaimana pun saudara saudari anggota polis, tentera dan para isteri/suami amat sukar untuk kami dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) khususnya dan Pakatan Rakyat  amnya, temui. Hakikat bahawa saudara saudari merupakan kakitangan kerajaan beruniform menjadi kekangan utama. Kami amat memahami bahawa saudara saudari terikat dengan pelbagai arahan yang tidak munasabah dari ditemui dan menemui kami; jauh sekali dari menyokong kami PKR dan Pakatan Rakyat (PR).
Saudara saudari yang dihormati,
Selaku Pengarah Pilihanraya, PKR Negeri Pahang, ingin saya nyatakan bahawa perjuangan kami bukanlah kerana mahukan kuasa dan jawatan tetapi kekuasaan sangat perlu kerana dengannya PKR dan PR akan mampu menterjemahkan apa yang diperjuangkan selama ini demi kesejahteraan rakyat. Kami berjuang untuk memartabatkan hak dan suara seluruh rakyat. Kami bekerja keras bagi membantu menangani masalah hidup rakyat yang semakin terbeban terutama apabila kenaikan pendapatan/gaji tidak sepadan langsung dengan kenaikan harga barangan keperluan. Tiadanya iltizam politik (political will) di kalangan ahli politik dan pemimpin politik Barisan Nasional khususnya UMNO menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan terhimpit. Kekayaan Negara tidak diagih secara saksama. Walaupun mereka memegang kuasa pemerintahan, namun kita tidak nampak semangat mereka untuk memakmurkan kehidupan rakyat.
Hakikat bahawa pemusatan kuasa yang sangat lama oleh Barisan Nasional (BN) telah menyebabkan pemimpin mereka semakin angkuh dan lupa kepada tanggungjawab mereka untuk rakyat. Akhirnya rasuah berleluasa, komisyen menjadi perkara biasa, kontrak dan projek diberi kepada kroni dan saudara mara, harga barangan keperluan di naikkan sesuka hati, fitnah terhadap lawan mereka diperhebatkan, badan kehakiman diperkuda, anggota keselamatan dan seluruh jentera kerajaan diperalatkan; malah yang amat sedih apabila rakyat menjadi mangsa kerakusan mereka.
Saudara saudari yang dikasihi,
Kami yakin ramai di kalangan saudara saudari yang mempunyai keluarga dan sahabat di kalangan ahli Pakatan Rakyat. Kami juga yakin saudara saudari amat mengetahui situasi sebenar apa yang berlaku di negara kita. Kami turut yakin ramai di kalangan saudara saudari yang mahu menyokong PKR namun terhalang. Arahan pihak atasan dan ugutan diterima sekiranya menyokong parti pembangkang. Apa yang ingin saya jelaskan di sini bahawa kita adalah rakyat Malaysia. Oleh itu hak kita telah dijamin oleh Perlembagaan Negara. Tiada apa yang perlu ditakuti. Siapa sahaja yang memerintah Negara kedudukan saudara saudari tidak terjejas; saudara saudari tetap akan bertugas untuk Kerajaan Malaysia. Kami percaya sekiranya diberi kepercayaan untuk memerintah Negara kami mampu mengurusnya dengan lebih baik. Kedudukan saudara saudari sebagai anggota keselamatan tetap terjamin malah kami yakin mampu memberi yang lebih baik.
Saudara saudari yang dikasihi,
Kita sama-sama pejuang rakyat; Cuma di dalam situasi yang berbeza. Sebagai anggota keselamatan yang terlatih kami percaya saudara saudari mempunyai jiwa yang kental dan semangat yang membara. Jadikanlah ia sebagai satu tapak lonjakan untuk turut sama berjuang membela nasib rakyat. Saudara saudari sendiri telah dan sedang menyaksikan bagaimana sukarnya kehidupan rakyat Malaysia terutama kaum bumiputera – Melayu, Orang Asli, Suku Kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Tidak kurang ramai juga di kalangan kaum Cina dan India yang berada di paras kemiskinan. Paras kemiskinan yang tinggi; upah/gaji yang rendah; kos sara hidup yang semakin meningkat; dan pelbagai lagi masalah yang semakin menghambat kesengsaraan rakyat.
Sahabat-sahabat anggota keselamatan, ayuh bangkitlah bersama-sama kami PKR dan Pakatan Rakyat membuat perubahan demi rakyat dan Negara serta kelangsungan hidup masa hadapan generasi kita yang akan datang. Jadikanlah PRU ke 13 akan datang sebagai satu sejarah kebangkitan seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan sama ada yang bekerja sendiri, swasta mahu pun kerajaan. Keberanian saudara saudari memegang senjata menentang musuh mestilah diikuti dengan keberanian saudara saudari memegang pensil membuat keputusan bagi menumbangkan UMNO/BN dalam pilihanraya yang akan datang. Mari sama-sama kita nobatkan PKR dan Pakatan Rakyat sebagai parti yang akan diberi kepercayaan memerintah Negara.
Cukuplah kita ditipu dan anggota keselamatan diperguna selama ini. Diarah untuk melakukan “kerja-kerja” pemusatan dan pengekalan kuasa pemimpin-pemimpin BN yang rakus. Jadilah anggota keselamatan yang berani berjuang mempertahankan Negara. Lebih dari itu beranilah berjuang memartabatkan hak dan suara rakyat kerana kita adalah rakyat yang merdeka di bumi Malaysia  yang merdeka, bertuah dan tercinta ini.

UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA

Sekian terima kasih dan salam hormat.
Yang ikhlas,
ZAIDI AHMAD                           
PENGARAH PILIHANRAYA                                                  
PARTI KEADILAN RAKYAT
NEGERI PAHANG

20 May, 2011

STOP LYNAS : Buatlah di tempat sendiri...Australia

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengulangi persoalan mengapa Lynas Corporation tidak membina pusat pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Australia, sebaliknya dibina di Gebeng Kuantan.

Beliau berkata demikian selepas perarakan menyerahkan memorandum bantahan kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia, petang tadi.

Ketika ditemui para pemberita, Fuziah berkata, Lynas memilih Malaysia sebagai lokasi loji ini kerana undang-undang Australia ketat dalam penjagaan alam sekitarnya.

“Lynas mendapat lesen di Australia tetapi mereka tidak memilih untuk membuka kilang di sana kerana peraturan yang ketat dalam aspek menjaga alam sekitar.

“Ada 41 komitmen yang perlu dijaga dengan pelbagai aspek melalui agensi Lembaga Pemuliharaan Alam Sekitar (EPA).

“Di Malaysia badan pengawalnya ialah Agensi Tenaga Atom Kebangsaan (AELB) yang hanya memikirkan kesan radiasi dan tahap radioaktif. Namun, AELB tidak dapat berfungsi seperti EPA kerana sekatan perundangan dan penguatkuasaan yang lemah dari Kerajaan Malaysia sendiri,” tegas Fuziah yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Justeru itu beliau menyatakan tindakan Lynas itu jelas bertujuan untuk memanipulasi undang-undang alam sekitar di Malaysia yang longgar.

“Di Australia, zon penampannya (Buffer Zone) ada dalam radius 30 km, dan tak boleh ada penduduk. Di Gebeng ada 70 ribu penduduk dalam radius 30 km itu. Kami bimbang Lynas mengambil kesempatan dengan undang-undang Malaysia,” jelasnya.

Fuziah menambah, tidak ada kilang yang menjadi rujukan bagi pembinaan loji tersebut, justeru kerajaan Malaysia tidak boleh membuat sebarang keputusan untuk membenarkan industri yang bakal mengundang bencana.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna & Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong berkata, kerajaan Selangor tidak akan membenarkan sebarang pembinaan kilang pemprosesan bahan radioaktif.

“Kita tidak akan membenarkan sebarang industri yang mencemar alam sekitar,” katanya yang turut serta dalam perarakan di lokasi perhimpunan tersebut.



Penduduk bukan ‘Tikus Makmal’

Petang tadi, meskipun dalam keadaan cuaca yang berubah dari panas terik kepada hujan, namun ia tidak menghalang kira-kira 500 peserta dari pelbagai lapisan umur dan bangsa untuk berhimpun bagi membantah projek tersebut.

Bermula dari masjid As Syakirin KLCC, kumpulan tersebut menuju ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia dan berhimpun di persimpangan Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat.

Perarakan itu anjuran People’s Green Coalition dengan kerjasama kumpulan menentang projek berkenaan, Save Malaysia, Stop Lynas bersama pimpinan parti Pakatan Rakyat dari KEADILAN, Pas, DAP dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Sebanyak enam trak polis lengkap dengan meriam air dan dua trak dari Pasukan Unit Polis Persekutuan (FRU) turut dilihat berada di kawasan perhimpunan, namun tidak ada sebarang tangkapan dilakukan.

Setibanya di lokasi berhampiran Kedutaan Australia, peserta perarakan melaungkan slogan ‘Hidup Rakyat’, ‘Bantah Lynas’ dan ‘Kami bukan tikus makmal’ manakala, pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO bergilir-gilir memberikan ucapan.

Pelbagai slogan bantahan tertera pada kain pemidang yang direntangkan, sementara pengguna kenderaan di Jalan Ampang turut membunyikan hon tanda sokongan.

Selepas menunggu lebih sejam, enam wakil yang diketuai Fuziah sendiri berjaya menemui Pemangku Timbalan Duta Besar Australia, Arthur Spyrou.

Dengan merujuk kepada pengalaman di Bukit Merah, Perak kandungan memorandum tersebut menjelaskan bahawa penduduk di pinggir bandar Ipoh itu masih trauma dengan kesan Thorium yang berterusan sehingga ke hari ini.

“Lynas akan memproses nadir bumi yang mana terdiri dari Thorium. Sementara mineral Thorium tersebut merupakan bahan radioaktif.

“Australia sendiri menyatakan bahawa bahan tersebut adalah berbahaya, maka keprihatinan kami bahawa di sini kami masih belum bersedia untuk ‘bereksperimen’ dengan kesihatan nasib masa depan generasi di Malaysia,” jelas memorandum tersebut.

VIDEO - CERAMAH DATO' FAUZI DI FELDA PURUN, SIAPA MUSUH UMNO SEBENAR?


Ikuti ceramah penuh semangat oleh Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman ketika program Ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim di Felda Purun, Pahang pada 15 Mei 2011 yang lalu.

Beliau banyak menyentuh tentang korupsi Kerajaan Bn yang ada sekarang.  Beliau juga turut menyentuh tentang isu fitnah yang melanda ke atas Ketua Umum PKR itu.  Siapakah musuh Umno sebenarnya?  Sila ikuti....

ANTI LYNAS - DEMO MEREBAK KE IBU KOTA

Anti-Lynas: Ratusan demo depan kedutaan Australia
Mei 20, 11 3:28pm   

Tidak kurang 200 rakyat hari ini membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan yang dimiliki syarikat Lynas yang berpangkalan di Australia.
NONE 
Mereka yang terdiri daripada Pemuda PAS, PKR, NGO dan aktivis sosial itu mengadakan perhimpunan di hadapan Kedutaan Australia.

Sambil mengiringi enam wakil mereka untuk menghantar memorandum bantahan berhubung pembinaan pusat itu yang dikatakan akan mengeluarkan bahan radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk sekitar Gebeng di negeri itu, mereka juga membawa pelbagai sepanduk, poster dan kain rentang yang menuntut kerajaan supaya segera menghentik projek berkenaan.

Penunjuk perasaan mula berkumpul di Masjid As Syakirin KLCC sebelum berarak menuju ke Pejabat Suruhanjaya Australia yang terletak kira-kira 700 meter dari selepas solat Jumaat.
NONEMereka kemudiannya disertai oleh ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, empat wakil NGO Save Malaysia dan aktivis sosial sebelum memasuki perkatangan pejabat suruhanjaya tersebut.

Sewaktu tiba di pada jam 2.15 petang mereka turut melaungkan "Hancur Lynas, Hidup Rakyat" berulang kali.

 
 
 
Bantahan tersebut juga disertai pemimpin PAS Pahang Suhaimi Saad yang merupakan naib yang dipertua kawasan Indera Mahkota dan bekas ketua Pemuda Pahang.

Turut hadir ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Naib Ketua Pemuda PKR Azmizam Zamanhuri.
Pembinaan kilang bernilai RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia, di kawasan perindustrian Gebeng itu menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.
NONEBeberapa siri penerangan yang dianjurkan kerajaan negeri Pahang di sekitar Kuantan baru-baru ini dilihat tidak memberi kesan positif.

Kerajaan pada 22 April lalu telah juga mengumumkan penubuhan satu panel bebas bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan kilang itu.


Sebelum ini, ramai aktivis yang ditangkap oleh pihak berkuasa berikutan mengadakan demonstrasi di seluruh negara./Malaysiakini

VIDEO - SIDANG AKHBAR PKR MAHU DIHARAMKAN



Ikuti sidang akhbar Setiausaha Agung PKR, YB Saifuddin Nasution berkaitan surat dari ROS meminta PKR menjawab mengapa PKR tidak boleh diharamkan.

LYNAS : Apa Yang Perlu Anda Ketahui

Oleh: pemudatua2011

" 
 
Sebagai seorang ayah kepada 3 orang anak yang masih kecil, menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi mereka walaupun terpaksa berkorban nyawa. Saya rela mati untuk tujuan itu. Sebagai seorang Hamba dan Khalifah di bumi Allah ini, saya merayu belas ihsan dan redha dari Allah sebelum saya pergi menemuinya. Selagi Nafasku di Kandung Badan, selagi itu Jihad Pena ini akan saya teruskan.


Setiap wanita yang bergelar ibu, dengan derita 9 bulan memikul beban di badan dan bercengkang mata setiap malam pasti tidak akan rela dengan apa pun ancaman lebih-lebih lagi ancaman sisa radioaktif yang terbukti banyak berlaku di setiap negara yang melombong ‘nadir bumi’ atau ‘rare earth’ khususnya di China.


Kanser, Leukemia, Kecatatan malah kematian khususnya dari kalangan kanak-kanak cukup ketara dan tidak dapat dijankau oleh setiap akal manusia yang waras untuk membiarkan tamak haloba menguasai jiwa dan seterusnya menodai sifat kasih sayang itu, lebih-lebih lagi kepada zuriat keturunan empunya diri.


Ringkasan isu Lynas di bawah diolah untuk memberi kefahaman menyeluruh dan terperinci dari sumber-sumber yang sahih kepada setiap insan manusia yang sayangkan nyawa dan persekitaran sebelum bumi yang kita pinjam ini dipulangkan kembali kepada generasi yang akan datang.


Terserah kepada pembaca untuk menilai semua fakta-fakta ini.  Baca fakta, klik  di SINI.

Felda - Harapan kepada kebaikan

Oleh:  Suhaimi Said
Setiap peneroka Felda berhasrat memajukan diri dan meninggikan pendapatan, menjadi warga negara yang dapat bersaing hidup dengan manusia di luar sana. Samada dia ahli UMNO, PAS, PKR atau tidak berparti, setiap dia mahukan kesempurnaan hidup melalui keringat yang dicurahkan.

Bukan sedikit pengorbanan dan keringat yang telah ditumpahkan demi untuk membina masa depan bukan sahaja untuk diri sendiri bahkan untuk seluruh kaum keluarganya.  Tidak ada seorang peneroka pun yang mahu mengkhianati hasrat itu.

Pentadbiran Felda tidak perlu syak-wasangka dan membeza-bezakan diantara peneroka-peneroka yang menyokong UMNO atau Pembangkang, kerana itu bukanlah peranan yang diberikan kepada Felda didalam peruntukan undang-undang khususnya GSA.

Kebanyakan peneroka Felda kini sudah pun berusia tua. Mereka mempunyai keluarga dan anak-anak yang sudah dewasa dan disesetengah kawasan rancangan, anak-anak mereka sudah pun berumur lebih dari 40 tahun dan keatas. Mereka juga sudah mempunyai cucu-cucu yang kini sudah pun berumur melebihi 25 tahun.

Kalau dulu peneroka-peneroka berpendapatan sangat kecil, dan ramai dari kalangan anak-anak mereka tidak mendapat pendidikan yang lebih baik, dan mereka membesar di tanah-tanah rancangan dan menghadapi masa depan yang tidak menentu, lebih buruk daripada masa depan yang dihadapi oleh ibu-bapa mereka.

Anak-anak peneroka/cucu-cucu peneroka yang tinggal di rancangan-rancangan Felda masih hidup terumbang-ambing. Mereka tidak mempunyai pekerjaan yang stabil. Tidak pula mendapat kemudahan untuk hidup berdikari. Hanya salah seorang daripada mereka selaku anak-anak yang akan mewarisi harta ibu-bapa mereka, cucu-cucu pula jangan terfikir untuk mendapatkan hak keatas tanah datuk mereka itu.  Sebagai seorang peneroka Felda, tidakkah ia memikirkan tentang masa depan anak-anak mereka?

Apakah yang mampu mereka buat untuk memberikan masa depan yang cemerlang untuk anak-anak dan cucu-cucu mereka?  Usahkan mereka dapat memikirkan tentang nasib masa depan anak-anak mereka; mereka sendiri pun terpaksa bergelomang dengan hutang yang begitu besar. Ada diantara mereka berhutang hingga RM120,000.00 dengan Felda dan keupayaan mereka untuk membayar hutang mereka adalah negatif memandangkan umur mereka yang sudah tua, dan kebanyakan mereka akan meninggal dunia dengan hutang tidak berbayar dalam jumlah yang sangat besar.

Mana-mana anak mereka yang mewarisi ladang di rancangan Felda itu akan mewarisi pula hutang yang sangat besar.  Felda merupakan sistem yang gagal jika mahu diambil kira tentang kebebasan manusia dari segi mencari pendapatan yang tidak dibebankan dengan hutang. Felda telah berjaya menjadikan lebih 112,000 peneroka Felda dan isteri masing-masing dengan hutang yang besar.

Kenapa peneroka Felda mesti berhutang? Kebun getah atau sawit seluas 10 ekar yang diperuntukkan kepada setiap peneroka sudah cukup untuk menjamin pendapatan kepada peneroka-peneroka Felda dengan pendapatan tidak kurang dari RM5000.00 hingga RM10,000.00 sebulan (turun naik pendapatan terikat dengan harga komoditi).

Tetapi didalam keadaan harga komoditi yang menjaminkan peneroka itu berpendapatan lebih dari RM5000.00 sebulan, mereka tetap juga dibayar hanya RM1500.00 setiap bulan, manakala hutang mereka semakin bertambah.

Felda perlu mencari satu mekanisma baru bagi memperbetulkan sistem pendapatan bagi peneroka-peneroka dan satu sistem baru bagi membela nasib anak-anak peneroka dari generasi ke-2 dan ke-3. Takkan selama-lamanya Felda mempertahankan sistem dimana pendapatan peneroka-peneroka tetap rendah walaupun harga komoditi melambung tinggi dan dengan sistem peneroka-peneroka dibebankan dengan hutang yang sangat besar.  Takkan selama-lamanya anak-anak peneroka dari generasi ke-2 dan ke-3 dibiarkan dalam keadaan yang tidak terbela.  Dari kalangan anak-anak/cucu-cucu peneroka yang muda, mereka kini ramai yang terlibat dengan dadah, merempit dan menjalani kehidupan yang tidak ada penyelesaian dihujungnya. 

Felda memperolehi pendapatan hingga berbillion ringgit setiap tahun, tetapi tahap kehidupan peneroka-peneroka menurun apabila dikaji bahawa paras kemiskinan sudah dinaikkan seperti di Selangor kepada RM1500.00. Jika timbangan Selangor ini boleh digunapakai diseluruh Negara, bererti 100% peneroka Felda di seluruh Negara (kecuali mereka yang tanam sendiri) berada dibawah paras kemiskinan, apatah lagi kedudukan anak-anak mereka dari generasi ke-2 dan ke-3. Ini adalah satu senario yang sangat mengeciwakan.

Adapun didalam rancangan Felda itu kedapatan lebih 90% orang-orang Melayu. Masyarakat warga Felda kini sudah mencecah melebihi 1 juta manusia, maka disanalah berkumpulnya manusia Melayu yang rata-rata berpendapatan dibawah paras kemiskinan.

Setiap peneroka Felda bukan sahaja mahukan kehidupan mereka terjamin, mereka juga mahukan kehidupan anak-cucu mereka juga terjamin, tetapi dengan sistem yang dilaksanakan oleh Felda kini, harapan peneroka untuk kehidupan yang lebih sempurna untuk diri mereka dan keluarga mereka serta anak-cucu mereka akan menjadi berkecai. /lubokkawah.blogspot