Klik Sini Menjadi Ahli

NOTIS PENTING

KEPADA SEMUA AJK PKR CABANG K.KRAU TERMASUK AMK DAN WANITA DIKEHENDAKI HADIR MESYUARAT KHAS PADA 26 MEI 2011 JAM JAM 08.30 MLM DI PEJ PKR K.KRAU SEMPENA PROGRAM DS ANWAR DI FELDA JENDERAK. MOHON HEBAHKAN (SUMBER: HJ SUHAIMI SAID)

23 May, 2011

PKR PAHANG BERSEDIA MENANTI KEHADIRAN PARTI KITA

Selamat Datang Datuk Zaid Ibrahim ke Pahang.  Itulah yang boleh kita sampaikan kepada bekas pemimpin PKR yang kini mengetuai parti KITA yang dikatakan berhasrat untuk meletakkan calon KITA bertanding di beberapa kawasan Dun di Negeri Pahang di dalam PRU ke 13 akan datang.

PKR Pahang khususnya telah bersedia beranding bahu bersama rakan di dalam Pakatan Rakyat di dalam misi menawan Pahang di dalam PRU nanti.  Sehubungan itu, PKR tidak merasa terancam dengan kehadiran KITA di bumi Pahang ini, bahkan merasa agak selesa kerana sudah pastinya kehadiran KITA di dalam Pilihanraya nanti sedikit sebanyak boleh membantu Pakatan Rakyat mengurangkan undi terhadap Umno/Bn.

Mungkin ada yang berpendapat PKR akan terjejas kerana terdapat pemimpin PKR di peringkat Cabang telah keluar dari parti dan menyertai KITA.  Sebenarnya hanya seorang sahaja pemimpin yang keluar parti dan menyertai KITA tetapi pemimpin berkenaan gagal mempengaruhi ahli-ahli yang lain untuk bersamanya. 

Kini, PKR Pahang berada di dalam keadaan yang mantap dan kukuh dengan merancakkan aktiviti dan program parti menjelang PRU ke 13 nanti.  Kita yakin, rakyat tidak lagi terpedaya dengan propaganda dan janji-janji manis dari pemimpin Umno/Bn di negeri ini kerana mereka telah diberi peluang begitu lama untuk mentadbir Negeri Pahang.  Adakah rakyat Pahang bertambah selesa atau bertambah sengsara? Di dalam keadaan ekonomi yang tidak membangun dan kos sara hidup yang semakin tinggi, harga barang yang tidak mampu lagi dibendung kenaikannya, sudah sampai masanya rakyat bangun membuat perubahan.

Sambutan rakyat Pahang terutamanya di kawasan felda baru-baru ini terhadap program ceramah anjuran Pakatan Rakyat jelas menunjukkan perubahan bakal berlaku di Pahang. Namun demikian, semua pimpinan di semua peringkat negeri ini haruslah meningkatkan lagi usaha menambat hati rakyat.  

No comments:

Post a Comment