Klik Sini Menjadi Ahli

NOTIS PENTING

KEPADA SEMUA AJK PKR CABANG K.KRAU TERMASUK AMK DAN WANITA DIKEHENDAKI HADIR MESYUARAT KHAS PADA 26 MEI 2011 JAM JAM 08.30 MLM DI PEJ PKR K.KRAU SEMPENA PROGRAM DS ANWAR DI FELDA JENDERAK. MOHON HEBAHKAN (SUMBER: HJ SUHAIMI SAID)

20 May, 2011

Felda - Harapan kepada kebaikan

Oleh:  Suhaimi Said
Setiap peneroka Felda berhasrat memajukan diri dan meninggikan pendapatan, menjadi warga negara yang dapat bersaing hidup dengan manusia di luar sana. Samada dia ahli UMNO, PAS, PKR atau tidak berparti, setiap dia mahukan kesempurnaan hidup melalui keringat yang dicurahkan.

Bukan sedikit pengorbanan dan keringat yang telah ditumpahkan demi untuk membina masa depan bukan sahaja untuk diri sendiri bahkan untuk seluruh kaum keluarganya.  Tidak ada seorang peneroka pun yang mahu mengkhianati hasrat itu.

Pentadbiran Felda tidak perlu syak-wasangka dan membeza-bezakan diantara peneroka-peneroka yang menyokong UMNO atau Pembangkang, kerana itu bukanlah peranan yang diberikan kepada Felda didalam peruntukan undang-undang khususnya GSA.

Kebanyakan peneroka Felda kini sudah pun berusia tua. Mereka mempunyai keluarga dan anak-anak yang sudah dewasa dan disesetengah kawasan rancangan, anak-anak mereka sudah pun berumur lebih dari 40 tahun dan keatas. Mereka juga sudah mempunyai cucu-cucu yang kini sudah pun berumur melebihi 25 tahun.

Kalau dulu peneroka-peneroka berpendapatan sangat kecil, dan ramai dari kalangan anak-anak mereka tidak mendapat pendidikan yang lebih baik, dan mereka membesar di tanah-tanah rancangan dan menghadapi masa depan yang tidak menentu, lebih buruk daripada masa depan yang dihadapi oleh ibu-bapa mereka.

Anak-anak peneroka/cucu-cucu peneroka yang tinggal di rancangan-rancangan Felda masih hidup terumbang-ambing. Mereka tidak mempunyai pekerjaan yang stabil. Tidak pula mendapat kemudahan untuk hidup berdikari. Hanya salah seorang daripada mereka selaku anak-anak yang akan mewarisi harta ibu-bapa mereka, cucu-cucu pula jangan terfikir untuk mendapatkan hak keatas tanah datuk mereka itu.  Sebagai seorang peneroka Felda, tidakkah ia memikirkan tentang masa depan anak-anak mereka?

Apakah yang mampu mereka buat untuk memberikan masa depan yang cemerlang untuk anak-anak dan cucu-cucu mereka?  Usahkan mereka dapat memikirkan tentang nasib masa depan anak-anak mereka; mereka sendiri pun terpaksa bergelomang dengan hutang yang begitu besar. Ada diantara mereka berhutang hingga RM120,000.00 dengan Felda dan keupayaan mereka untuk membayar hutang mereka adalah negatif memandangkan umur mereka yang sudah tua, dan kebanyakan mereka akan meninggal dunia dengan hutang tidak berbayar dalam jumlah yang sangat besar.

Mana-mana anak mereka yang mewarisi ladang di rancangan Felda itu akan mewarisi pula hutang yang sangat besar.  Felda merupakan sistem yang gagal jika mahu diambil kira tentang kebebasan manusia dari segi mencari pendapatan yang tidak dibebankan dengan hutang. Felda telah berjaya menjadikan lebih 112,000 peneroka Felda dan isteri masing-masing dengan hutang yang besar.

Kenapa peneroka Felda mesti berhutang? Kebun getah atau sawit seluas 10 ekar yang diperuntukkan kepada setiap peneroka sudah cukup untuk menjamin pendapatan kepada peneroka-peneroka Felda dengan pendapatan tidak kurang dari RM5000.00 hingga RM10,000.00 sebulan (turun naik pendapatan terikat dengan harga komoditi).

Tetapi didalam keadaan harga komoditi yang menjaminkan peneroka itu berpendapatan lebih dari RM5000.00 sebulan, mereka tetap juga dibayar hanya RM1500.00 setiap bulan, manakala hutang mereka semakin bertambah.

Felda perlu mencari satu mekanisma baru bagi memperbetulkan sistem pendapatan bagi peneroka-peneroka dan satu sistem baru bagi membela nasib anak-anak peneroka dari generasi ke-2 dan ke-3. Takkan selama-lamanya Felda mempertahankan sistem dimana pendapatan peneroka-peneroka tetap rendah walaupun harga komoditi melambung tinggi dan dengan sistem peneroka-peneroka dibebankan dengan hutang yang sangat besar.  Takkan selama-lamanya anak-anak peneroka dari generasi ke-2 dan ke-3 dibiarkan dalam keadaan yang tidak terbela.  Dari kalangan anak-anak/cucu-cucu peneroka yang muda, mereka kini ramai yang terlibat dengan dadah, merempit dan menjalani kehidupan yang tidak ada penyelesaian dihujungnya. 

Felda memperolehi pendapatan hingga berbillion ringgit setiap tahun, tetapi tahap kehidupan peneroka-peneroka menurun apabila dikaji bahawa paras kemiskinan sudah dinaikkan seperti di Selangor kepada RM1500.00. Jika timbangan Selangor ini boleh digunapakai diseluruh Negara, bererti 100% peneroka Felda di seluruh Negara (kecuali mereka yang tanam sendiri) berada dibawah paras kemiskinan, apatah lagi kedudukan anak-anak mereka dari generasi ke-2 dan ke-3. Ini adalah satu senario yang sangat mengeciwakan.

Adapun didalam rancangan Felda itu kedapatan lebih 90% orang-orang Melayu. Masyarakat warga Felda kini sudah mencecah melebihi 1 juta manusia, maka disanalah berkumpulnya manusia Melayu yang rata-rata berpendapatan dibawah paras kemiskinan.

Setiap peneroka Felda bukan sahaja mahukan kehidupan mereka terjamin, mereka juga mahukan kehidupan anak-cucu mereka juga terjamin, tetapi dengan sistem yang dilaksanakan oleh Felda kini, harapan peneroka untuk kehidupan yang lebih sempurna untuk diri mereka dan keluarga mereka serta anak-cucu mereka akan menjadi berkecai. /lubokkawah.blogspot

No comments:

Post a Comment