Klik Sini Menjadi Ahli

NOTIS PENTING

KEPADA SEMUA AJK PKR CABANG K.KRAU TERMASUK AMK DAN WANITA DIKEHENDAKI HADIR MESYUARAT KHAS PADA 26 MEI 2011 JAM JAM 08.30 MLM DI PEJ PKR K.KRAU SEMPENA PROGRAM DS ANWAR DI FELDA JENDERAK. MOHON HEBAHKAN (SUMBER: HJ SUHAIMI SAID)

19 May, 2011

HARI GURU 2011: Hadiah 2000 daripada 400,000 GURU MALAYSIA !!!!

Menurut BUKU JINGGA ..Program 100 hari Pakatan Rakyat....Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan bagi reformasi tersebut, dalam tempoh 100 hari pertama Pakatan mendapat mandat rakyat, Pakatan akan melaksanakan 10 program...diantara program itu ialah:
LEBIH IMBUHAN

" Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500/sebulan setiap guru serta menghargai sumbangan warga emas dengan imbuhan RM1000/tahun kepada warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas "


UMNO merasa jelik BUKU JINGGA ni ...angan angan mat jenin pembangkang...!!! akhirnya pemimpin UMNO gelisah dan mimpi ngeri akan program program dalam buku tersebut memang benar serta telus demi kepentingan rakyat BUKAN pembohongan dan ketirisan dalam urustadbir UMNO terhadap rakyat !!!


Dalam kontek Pelajaran, UMNO mencedok dari idea BUKU JINGGA dengan melaksanakan Program Sekolah Cemerlang Bai'ah, dimana sekolah yang diistiharkan CEMERLANG maka habuan sebanyak RM7500 pada GB/Pengetua Sekolah.  Hanya beberapa buah sekolah saja di 1Malaysia yang menikmati anugerah ini.  Ini bermakna guru-guru di Malaysia yang lain dianggap tidak efisyen dalam P & P.  Ratusan ribu guru-guru terpinggir dari habuan itu.  Betulkah guru guru selain sekolah cemerlang itu tidak efisien, cekap dan mahir dengan sekolah cemerlang itu?  

Program Kementeriaan Pelajaran ini tidak adil terhadap ratusan ribu guru yang bertungkus lumus di bilik darjah demi menaikkan mutu pelajaran negara. Maka, hadiah/habuan diistiharkan  di Hari Guru tahun ini dengan  kenaikkan gaji Guru Besar daripada 400,000 GURU MALAYSIA pada tahun hadapan, mengapa Guru Besar sahaja?  Adakah guru guru lain tidak menjalankan tugas dengan sempurna?  Adakah GB mengajar di bilik darjah dengan cekap dan telus ?


Guru Besar/Pengetua banyak berjasa kununnya pada kerajaan sebab mereka aktif dalam UMNO dan berjawatan dalam parti tersebut.  Justeru itu, mereka boleh dimanipulasikan oleh Umno dengan mudah.  Kita juga tidak lupa kepada kisah Pengarah Pelajaran Johor dalam PRK Dun Tenang baru-baru ini.  Secara terang-terangan Pengarah tersebut mengarah guru guru di kawasan PRK tersebut untuk memangkah BN.


Berbeza dengan PROGRAM BUKU JINGGA yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat terhadap semua guru di negara ini dengan menikmati RM500/bulan.  Jasa dan pengorbanan guru-guru tetap disanjung dan dihargai.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 18 MEI : Kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng berharap kerajaan akan menangani rintihan dan masalah serta memberikan mereka lebih banyak peluang kenaikan pangkat.

"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Lok juga meminta guru-guru yang dipinggirkan ini tetapi menjadi "teras" pendidik peringkat akar umbi supaya bertenang dan meneruskan tugas-tugas murni mereka seperti biasa serta menyerahkan kepada kesatuan soal mengenai perjuangan menjaga kebajikan mereka.

Beliau berkata, pihak kesatuan yang mewakili 140,000 guru di seluruh negara akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.

Menurutnya, pihak kesatuan tidak akan menghampakan guru-guru ini kerana mereka merupakan "tonggak" pendidikan, di mana semua sekolah bergantung kepada kejayaan meraka melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

"Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.

Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mengesahkan kenyataan kesatuan itu bahawa ramai guru pada dasarnya tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah.

Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata, beliau amat sayangkan karier sebagai seorang guru dan amat sayangkan muridnya, namun beliau merasa kecewa kerana merasakan dedikasinya selama ini seperti tidak dipandang.

"Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah," katanya.


Seorang lagi guru yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Tan berkata, beliau sedih dengan pengumuman itu, kerana beliau mahupun rakan-rakan sejawatannya tidak memperolehi apa-apa manfaat daripadanya.

"Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai," katanya.


No comments:

Post a Comment