Klik Sini Menjadi Ahli

NOTIS PENTING

KEPADA SEMUA AJK PKR CABANG K.KRAU TERMASUK AMK DAN WANITA DIKEHENDAKI HADIR MESYUARAT KHAS PADA 26 MEI 2011 JAM JAM 08.30 MLM DI PEJ PKR K.KRAU SEMPENA PROGRAM DS ANWAR DI FELDA JENDERAK. MOHON HEBAHKAN (SUMBER: HJ SUHAIMI SAID)

20 May, 2011

GAGAL `MATIKAN' ANWAR, `BUNUH' PKR PULA?

Oleh: Kapt (B) Yazid
Kalau diharamkan pun, fikir dan cari apa salah kita.  Jangan asyik menyalahkan orang lain, jangan takut sangat dengan DSAI.  Beliau sorang pejuang yang berwibawa, tak pernah bunuh orang.  Mengapa pula nak ganggu anak isteri dan cucu hingga bayang-bayang DSAI dalam Parti PKR pun takut hingga membawa mimpi ngeri?  Lebih-lebih lagi terbawa ke waktu tidor yang sepatutnya masa terindah bersama isteri.

Berkaitan isu untuk mengharamkan PKR, SUA PKR, Saifuddin Nasution berkata, peruntukan yang dirujuk itu tidak ada dalam Perlembagaan Parti. Yang ada cuma Fasal 32 “yang tidak langsung berkaitan dengan isu disiplin dan Lembaga Displin”.

Fasal 32 itu hanya menetapkan bahawa "Majlis Pimpinan Pusat mempunyai kuasa muktamad menyelesaikan sebarang pertikaian mengenai tafsiran perlembagaan atau peraturan tetap mengenai kongres parti", kata beliau.  Nama yang disebut dalam surat ROS itu pun silap, ahli yang dipecat oleh PKR adalah Jayagopal, bukan Rajagopal.  Beliau disingkir pada 27 April 2009 oleh MPP kerana bertanding sebagai calon bebas, menentang parti pada pilihanraya kecil Bukit Selambau Kedah.

ROS jaga lah diri baik-baik sebagai Badan Kerajaan BUKAN Bahagian Cawangan UMNO.  Jangan diperalatkan oleh UMNO, sebab UMNO ni pandai " lempar batu sembunyi tangan" itu kerja nya dari ....dulu...kini...semalam ( sebab esok tiada baginya).
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR, 19 Mei — Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13, Parti Keadilan Rakyat (PKR) - komponen Pakatan Rakyat, berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftaran, dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.



The Malaysian Insider difahamkan PKR telah menerima surat berkaitan dengan tindakan itu daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) awal bulan ini. “Saya dimaklumkan RoS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber.

Sumber itu berkata berdasarkan surat RoS, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan part itu, yang ditubuhkan April 1999. Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang ia tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini. “Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti,” katanya lagi. PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian.

Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan masalah dan aduan. Sejak selepas pilihan raya umum 2008 PKR juga tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk menggesa agar RoS mengambil tindakan ke atas parti itu.

Parti itu yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2008 menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar atau melompat parti.

Dalam pada itu, satu lagi sumber berkata, RoS mengeluarkan surat amaran itu pada 9 Mei lalu dengan merujuk kepada satu kes pemecatan membabitkan bekas ahlinya yang bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Kedah awal 2009.

Difahamkan RoS bertindak atas aduan berkaitan dengan pemecatan A. Rajagopal di mana PKR didakwa telah melanggar Fasal 32.2.1 perlembagaannya. Aduan itu mendakwa Rajagopal dipecat tanpa siasatan yang sewajarnya.

Penganalisis dan pemerharti melihat tindakan ini sesuatu mengejutkan kerana diambil ketika desas-desus mengatakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu diperintah membela diri berhubung tuduhan meliwat bekas pembantunya.

Selain itu, beliau juga kini berhadapan dengan pendedahan rakaman video seks yang dibawa “Datuk T” Mac lalu. Bagaimanapun Anwar telah menafikan dengan keras dakwaan menerusi pendedahan itu.

No comments:

Post a Comment