Krisis Ekonomi
Ekonomi negara terus kekal di takuk lama sejak krisis kewangan Asia Timur 1997/98. Selepas sedekad berdepan dengan kelesuan ekonomi, Malaysia kini ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Taiwan dan Singapura sementara kita juga diancam oleh jiran serantau seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.
Jawapan pentadbiran sedia ada kepada kemelut ekonomi ini adalah dengan menabur janji-janji melalui kempen slogan yang menelan belanja ratusan juta wang rakyat.
Rakyat disajikan dengan pelbagai perancangan ekonomi seperti Model Ekonomi Baru (MEB), Program Transformasi Kerajaan (PTK), Program Transformasi Ekonomi (PTE) dan lain-lain yang sebenarnya tidak keluar dari kebijakan ekonomi yang digunapakai selama ini.
Program-program ini masih bersandarkan kepada keborosan membelanjakan wang rakyat untuk membina projek-projek mega tanpa ada keikhlasan untuk melaksanakan reformasi ekonomi yang diperlukan negara.
RM 325 bilion wang PETRONAS diambil antara tahun 2007 hingga 2010. Ini bermakna purata setahun adalah RM 81.25 billion ringgit.
KDNK negara adalah lebih kecil dari KDNK Singapura bermula dari tahun 2009, kali pertama dalam sejarah ia berlaku.
4.7 % purata pertumbuhan ekonomi 2006 – 2010, sedangkan sasaran adalah 6%.
4.2 % purata pertumbuhan ekonomi 2001 – 2005, sedangkan sasaran adalah 7.5%.
12 tahun berturut-turut Malaysia gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi.
10 tahun berturut-turut kerajaan Malaysia mengalami belanjawan defisit.
No comments:
Post a Comment