Klik Sini Menjadi Ahli

NOTIS PENTING

KEPADA SEMUA AJK PKR CABANG K.KRAU TERMASUK AMK DAN WANITA DIKEHENDAKI HADIR MESYUARAT KHAS PADA 26 MEI 2011 JAM JAM 08.30 MLM DI PEJ PKR K.KRAU SEMPENA PROGRAM DS ANWAR DI FELDA JENDERAK. MOHON HEBAHKAN (SUMBER: HJ SUHAIMI SAID)

24 May, 2011

Pengurus Felda pun pinta borang menjadi peneroka..

Oleh:  Hj Suhaimi Said  

Ramai pengurus-pengurus Felda yang sudah sedar dan insaf yang menyedari bahawa pendapatan mereka sebagai Pengurus Felda adalah lebih, jauh lebih kecil, dari peneroka-peneroka Felda yang tanam sendiri, turut memohon mendapatkan Borang Menjadi Peneroka Felda baru.

Beberapa orang pengurus Felda di kawasan Jengka dan ramai lagi pegawai dan kakitangan Felda memohon Borang tersebut.

Mereka ini yakin bahawa Pakatan Rakyat akan berjaya menubuhkan Kerajaan Baru menggantikan Barisan Nasional selepas PRU-13 nanti. Mereka telah lihat kesannya semasa Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini.

Mereka sudah dapat kesan bahawa Barisan Nasional sudah tidak dapat bertahan lagi di Putrajaya, dan mereka yakin bahawa Barisan Nasional akan kalah didalam PRU-13 nanti. Lagi cepat PRU diadakan, lagi cepat BN akan gugur.

Di rancangan-rancangan Felda di negeri-negeri Pahang dan Negeri Sembilan, sudah begitu ketara pergerakan peneroka-peneroka Felda yang mula memihak kepada Pakatan Rakyat.

Pengurus-pengurus Felda ini dapat rasakan bahawa terlalu banyak isu-isu membabitkan hak peneroka Felda yang diabaikan oleh Felda.

Isu-isu seperti geran tanah, perahan KPG, dana tanam semula, kunci kira-kira, hutang yang tinggi melampau, pendapatan bulanan yang terlalu kecil berbanding dengan hasil yang dikeluarkan daripada ladang masing-masing, menghantui UMNO/BN/Felda, dan mereka yang terlibat secara khusus dengan pengurusan diperingkat rancangan merasakan bahawa peneroka-peneroka tidak lagi mempertahankan pemerintahan UMNO/BN.

Pemansuhan Felda Plantation adalah program dari Pakatan Rakyat yang dinanti-nantikan oleh peneroka-peneroka Felda yang mahukan anak-anak mereka mempunyai masa depan yang cerah; manakala anak-anak peneroka Felda yang sedang berhadapan dengan pengangguran dan pendapatan yang kecil dan mempunyai masa depan yang gelap menunggu-nunggu kejatuhan Barisan Nasional agar harapan mereka untuk memiliki tanah menjadi kenyataan.

Kenyataan UMNO/Ahmad Maslan yang secara jelas menyatakan bahawa Felda tidak akan memansuhkan Felda Plantation sudah cukup untuk memualkan anak-anak peneroka untuk menolak UMNO/BN didalam Pilihanraya Umum akan datang.

Anak-anak peneroka ini faham bahawa selagi UMNO/BN memerintah, mereka tidak mempunyai apa-apa harapan untuk menjadi peneroka Felda dan memiliki tanah.

Mereka telah mengambil jalan yang jelas untuk menolak UMNO/BN untuk masa depan mereka yang cerah dan terjamin./Lubokkawah
 

No comments:

Post a Comment