Klik Sini Menjadi Ahli

NOTIS PENTING

KEPADA SEMUA AJK PKR CABANG K.KRAU TERMASUK AMK DAN WANITA DIKEHENDAKI HADIR MESYUARAT KHAS PADA 26 MEI 2011 JAM JAM 08.30 MLM DI PEJ PKR K.KRAU SEMPENA PROGRAM DS ANWAR DI FELDA JENDERAK. MOHON HEBAHKAN (SUMBER: HJ SUHAIMI SAID)

23 May, 2011

25-26 MEI - BENGKEL PILIHANRAYA ZON TIMUR-PAHANG, TERENGGANU & KELANTAN

BENGKEL PILIHANRAYA ZON TIMUR-PAHANG, TERENGGANU & KELANTAN

Tarikh                   :               25 & 26 Mei, 2011
Tempat                 :               Duta Village Resort, Beserah, Kuantan, Pahang

Aturcara Program


Tarikh & Masa
Program
PIC

25hb Mei (Rabu)
9.30 pg
10.30 pg
11.00 pg

12.30 tgh
2.30 ptg
3.30 ptg

5.00 ptg
7.00 ptg
8.15 mlm




11.00 mlm


Pendaftaran Peserta dan Minum Pagi
Majlis Perasmian
Sesi Khas oleh Jabatan Latihan dan Komunikasi Selangor
Makan Tengahari dan Daftar Masuk Bilik
Sesi 1 : Taklimat Bengkel
Sesi 2 : Cabaran dan Persediaan Menghadapi PRU13
Minum Petang & Rehat
Makan Malam
Sesi 3 : Pengurusan Pilihanraya dan Perancangan Kempen Pilihanraya yang Berkesan
Topik 1 : Pengurusan Pilihanraya
Topik 2 : Pengurusan Pengundi
Topik 3 : Gerakkerja
Minum Malam dan Rehat


Sekretariat
Dato’ Fauzi MPN Pahang
Fariz Musa

Sekretariat
Muhammad Saedi
Hj Ismail Yusop





Sarimah Lisut
Hasnah Hashim
Aisah Lamsah
26hb Mei (Khamis)
7.00 pg
9.00 pg

10.30 pg
10.45 pg
12.00 tgh
12.30 tgh
1.00 tgh
2.30 ptg


Sarapan Pagi
Bengkel 1 : Kemaskini Persediaan Cabang Menghadapi PRU13
Minum Pagi
Pembentangan Hasil Bengkel Berkumpulan
Rumusan dan Penilaian Bengkel
Majlis Penutup
Makan Tengahari
Bengkel Tamat



Muhammad Saedi


Muhammad Saedi
Hj Ismail Yusop
MPN Pahang



22 May, 2011

PEMBAHAGIAN KERUSI PKR PAHANG - MISI TAWAN PAHANG


PKR Negeri Pahang telah mengadakan Mesyuarat Koordinasi Pembahagian Kerusi Pilihanraya Umum Ke 13 yang akan datang yang diPengerusikan oleh Dato' Fauzi Abd Rahman, Selaku Pengerusi PKR Negeri Pahang.

Mesyuarat tersebut telah diadakan di Ibu Pejabat PKR Pahang pada 22 Mei 2011 jam 11.00 pagi yang turut dihadiri oleh YB Fuziah Salleh (MP Kuantan), Sdr Ahmad Nizam (Timb Pengerusi PKR Negeri), Tn Hj  Suhaimi Said (Naib Pengerusi 1 PKR Negeri) dan juga Sdr Zaidi selaku Ketua Biro Pilihanraya PKR Negeri Pahang.

Mesyuarat berkenaan telah membincangkan tentang pembahagian kerusi yang bakal ditandingi oleh PKR di beberapa kawasan Parlimen dan Dun di Negeri Pahang untuk dikongsi bersama dengan rakan dari Pakatan Rakyat iaitu PAS dan juga DAP.  PKR Pahang tentunya meletakkan matlamat utama untuk memenangi kesemua kerusi yang ditandingi agar misi menawan Pahang akan tercapai.

Selain dari membincangkan tentang pembahagian kerusi, mesyuarat ini juga turut menyentuh beberapa perkara dan strategi parti untuk berdepan dengan Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.  Hasil mesyuarat ini akan dibawa ke dalam mesyuarat bersama semua Ketua cabang PKR Negeri dan juga kepada bersama pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pahang akan datang.              





  

APABILA PERUT SUDAH KENYANG


Kejahatan kerajaan sekular merompak wang rakyat sejak bermulanya kutipan tol oleh syarikat konsesi METRAMAC pada 1 Ogos 1995, cuba dipadamkan oleh mereka dengan kata-kata daripada Menteri Kerja Raya iaitu Datuk Shaziman Abu Mansor: “Pengumuman ini juga adalah hadiah daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat, khususnya pengguna lebuh raya sempena Hari Wesak."
Kita boleh membayangkan betapa banyak wang hasil rompakan yang dapat dipungut oleh “perompak” tersebut di sepanjang 16 tahun tol itu wujud dan beroperasi di jalan raya tersebut. Untuk itu, rakyat umum dan khususnya umat Islam sewajarnya tidak mudah tertipu dan terpedaya dengan permainan politik sekular UMNO dan sekutu-sekutunya itu.


Dalam Islam, adalah menjadi kewajiban pemerintah untuk menjaga dan mengurus urusan umat Islam dengan pengaturan yang berlandaskan hukum Syara’. Jalan raya adalah salah satu daripada pemilikan umum yang wajib diurus oleh pemerintah bagi kemudahan rakyat dan diberikannya secara percuma. Bukannya seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan sekular hari ini yang mana mereka tidak dapat memisahkan pemikiran mereka daripada sudut pandangan kapitalisme. 
Semua perkara yang dilakukan, daripada A hingga ke Z, akan sentiasa dipastikan supaya berpihak kepada mereka dan akan dijamin memberikan pulangan keuntungan semaksimum yang mungkin kepada kerajaan sekular yang berkuasa. Sedangkan dalam Islam, secara jelas bahawa tol adalah suatu bentuk cukai yang diharamkan oleh Islam. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sumber: Berita Harian 17/5/11
Kutipan tol METRAMAC mansuh

Penutupan plaza tol berkenaan memberi manfaat kepada lebih 100,000 pengguna lebuh raya itu sehari, terutama penduduk Bandar Permaisuri, Bandar Tun Razak dan kawasan sekitar yang perlu membayar tol 50 sen setiap kali melaluinya sejak Ogos 1995.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata berikutan pemansuhan kutipan tol berkenaan, dianggarkan RM180 juta tidak akan dikutip sepanjang tempoh baki konsesi terbabit, manakala kerajaan juga tidak perlu membayar sebarang pampasan atas persetujuan penutupan awal tol itu.

Katanya, langkah itu adalah manifestasi kesungguhan kerajaan mencari penyelesaian berhemah untuk pengguna dalam isu tol. “Hasrat kerajaan ini sudah pun mula direalisasikan menerusi keputusan kerajaan menamatkan kutipan tol di beberapa lebih raya sejak 1993 lagi. “Pengumuman ini juga adalah hadiah daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat, khususnya pengguna lebuh raya sempena Hari Wesak yang akan disambut esok (hari ini),” katanya berucap pada majlis pemansuhan kutipan tol di plaza tol arah Cheras dan Petaling Jaya METRAMAC di sini, malam tadi. 
METRAMAC sepanjang 6.5 kilometer dengan kos pembinaan RM125 juta yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught, mula dibuka kepada lalu lintas pada 1 Ogos 1995.

Perjanjian konsesi antara kerajaan dan Metramac Corporation Sdn Bhd yang ditandatangani pada 13 Februari 1992, berkuat kuasa untuk tempoh selama 23 tahun dan akan tamat pada 31 Mei 2018. Kadar tol dikenakan di kedua-dua plaza tol berkenaan ialah RM0.50 bagi kelas satu dan lima, RM1 bagi kelas dua dan tiga, serta RM0.30 bagi kelas empat. Pada 28 Januari lalu, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa kutipan tol di plaza tol arah Cheras dan Petaling Jaya METRAMAC akan ditamatkan lebih awal berbanding tarikh tamat tempoh konsesinya.

FOTO DAN VIDEO - TRAGEDI TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT










Sumber:  Terima kasih kepada Blogger sahabat.

TAKZIAH DARI PKR PAHANG

Pengerusi PKR Negeri Pahang, Dato' Fauzi abd Rahman mewakili seluruh ahli PKR Negeri Pahang mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh Madrasah Al-Taqwa, Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat, Selangor.

Mudah-mudahan waris mangsa yang terlibat dapat menerima ujian Allah ini dengan penuh kesabaran dan keredhaan. Dilaporkan sehingga pukul 8 malam tadi, sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun. Seramai sembilan mangsa dilapor masih tertimbus dalam runtuhan itu.

PKR Pahang juga mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Selangor yang bertindak pantas memberikan bantuan sebaik sahaja tragedi ini berlaku. Penghargaan juga buat semua pihak yang bertungkus lumus di dalam memberikan bantuan di dalam tragedi malang ini.

21 May, 2011

Pengundian Pos: DAP desak pemantauan dari parti politik

 May 20, 2011 

Undi Pos untuk anggota tentera dan polis telah diberi penjenamaan semula dan dikenali sebagai pengundian awal dan hanya akan dikendalikan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang pilihan raya umum akan datang.  Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar berkata pungutan pengundian awal (advanced voting) akan dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai khas yang dilantik semula dan bukan lagi pegawai atasan di dalam kem askar mahupun ibu pejabat polis.

Sementara itu, penghapusan undi pos yang dikecualikan kepada kesemua anggota keselamatan yang bertugas di luar Negara dan di perbatasan adalah sangat- sangat dialukan berikutan wujud kebimbangan bahawa tiada perbezaan dalam mewujudkan pilihan raya yang bebas, adil dan berkecuali sekiranya parti politik masih tidak mempunyai hak untuk menjadi pemerhatian ketika proses pengundian dijalankan.

DAP menegaskan bahawa pemantauan dari parti politik dan SPR harus dilaksanakan ketika proses pengundian dillakukan bagi memastikan tiada ada manipulasi mahupun penipuan berlaku.

Semua penguatkuasaan undang-undang Malaysia dan anggota angkatan bersenjata mengorbankan hidup mereka setiap hari bagi melindungi Negara dan mereka seharusnya mempunyai hak dan keistimewaan yang sama seperti orang lain.  Oleh itu, proses pengundian undi seharusnya dilakukan dengan semudah mungkin.
Dalam amalan sekarang, undi pos dilaksanakan kepada hampir semua angkatan bersenjata termasuk polis sendiri.  Pengiraan undi kemudiannya dilakukan secara berasingan di mana kertas undi dimasukkan dalam sampul dan dikempilkan bersama dengan borang yang bertandatangan dan butiran lain.  Akibatnya, proses begini jelas tidak telus dan boleh menimbulkan kecurigaan kepada semua undian yang dilakukan samada identiti pengundi boleh dikesan, ini dianggap tidak mengikut perlembagaan.

Kertas cadangan baru untuk menghapuskan undi pos dilihat menjadi pengubat kepada permasalahan di atas.  Walau bagaimanapun, persoalan besar ialah bagaimana perkara ini boleh dilakukan?  Dari laporan media, pasukan bersenjata dan anggota polis akan membuang undi dua atau tiga hari awal di tempat pengundi sebelum tarikh sebenar pilihan raya.  Jika ini benar, timbul pertanyaan adakah proses undi akan dikawal rapi seperti Ejen Tempat Undi (Polling Agent) dibenarkan dan sebagainya?

Akhir sekali, perkara lebih menarik untuk dilihat ialah adakah perubahan tersebut akan dilaksanakan dalam pilihan raya akan datang?  Terpulang kepada Pengarah SPR untuk membuktikan sama ada perubahan tersebut ke arah positif dan akan memberi pelindungan untuk mengelakkan berlakunya penipuan termasuk memudahkan pihak- pihak tertentu melakukan penipuan selama proses undi pos atau pengundian awal.

DAP menyokong sepenuhnya proses pengundian yang lebih telus dan berharap SPR akan memastikan bahawa peraturan ini dipatuhi.  Selain itu, jika kita dapat menyediakan peluang mengundi secara biasa kepada anggota bersenjata dan polis, kita juga harus memberi peluang yang sama kepada hampir 1 juta rakyat Malaysia yang menetap atau bekerja di luar Negara.  

Singapura telah berjaya memberikan hak- hak rakyat untuk mengundi di Suruhanjaya Tinggi dan Kedutaan Besar di luar Negara dan India juga telah melakukannya.  Jika India yang mempunyai pengundi yang jauh lebih besar mampu melaksanakan program seperti ini, jadi tiada sebab mengapa Malaysia tidak mampu untuk mengembalikan hak mengundi kepada rakyatnya.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar atas) selaku Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan./MerdekaReview

Projek IC: Saya TPM tapi tak dirujuk, kata Anwar

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbas semula satu projek rahsia bawah Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri berhubung pendaftaran warga asing sebagai warga Malaysia – dikatakan sebagai penyumbang utama kepada peluasan Umno di Sabah.

Namun, Anwar menegaskan bahawa beliau bukanlah salah seorang daripada individu yang mengetahui secara khusus mengenai projek rahsia berkenaan walaupun beliau merupakan timbalan perdana menteri pada ketika itu.

"Saya telah menjelaskan perkara ini dan ia tidak dipertikaikan. Ia merupakan operasi khas di bawah JPM dan Kementerian Dalam Negeri, pada waktu itu berada bawah (Tun Dr) Mahathir (Mohamed) dan Megat Junid (Megat Ayub).

"(Operasinya) ada sistem dan jumlah (individu atau peruntukan) tidak pernah dirujuk kepada kabinet atau majlis tertinggi Umno atau kepada biro politik," kata ketua umum PKR itu dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini pada minggu lalu.

illegal immigrants roundup 010305 patiently waitingAnwar bagaimanapun menjelaskan, beliau tidak mendapat maklumat secara langsung berhubung projek berkenaan dan hanya mengetahui mengenainya daripada sumber sekunder.

"Saya merupakan timbalan presiden Umno, tetapi tidak pernah menjadi penandatangan kepada apa-apa cek dalam Umno. Anda boleh bayangkan?

"Pada waktu itu saya bukan sekadar timbalan biasa, saya agak berpengaruh. Tapi perkara tertentu (seperti) keselamatan dalam negeri, operasi ini, duit – itu adalah (tanggungjawab) Mahathir dan (Tun) Daim (Zainuddin)," katanya lagi.
Operasi rahsia

Anwar sebelum ini turut terpalit dengan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam operasi yang antara lainnya pernah didokumentasikan dalam buku Lest We Forget: Security and Sovereignty of Sabah tulisan bekas pemimpin kanan Parti Bersatu Sabah, Dr Chong Eng Leong.

mahathir and anwar hardtalk showMahathir telah menafikan dakwaan berkenaan manakala satu inkuiri pada 1997 oleh satu jawatankuasa terpilih Parlimen ke atas sejumlah penjawat awam yang ditahan bawah ISA tidak pernah didedahkan kepada umum.

Tanda tanya berhubung 'Projek IC' ini timbul semula apabila PKR menimbulkan dakwaan pada awal bulan ini bahawa Umno Hulu Selangor telah meminta KDN memberikan kerakyatan kepada 2,000 orang warga asing.

NONEBagaimanapun, Anwar berkata warga asing berkenaan sepatutnya diberikan kerakyatan sekiranya golongan itu mencapai kelayakan dan melalui proses yang sepatutnya.

"Tapi kenapa ia perlu jadi operasi rahsia. Kenapa ia tidak boleh dijalankan secara telus? Maksud saya, jika mereka sebelum ini warga Indonesia yang telah tinggal di sini selama 20, 30 tahun, saya tidak nampak sebab mengapa kita patut halang.

"Saya tidak memegang pandangan ekstrem seperti sesetengah rakan kita di Sabah," katanya lagi yang menjangkakan kos operasi di negeri berkenaan mencecah angka "ratusan juta ringgit."

captured detained illegal immigrants 030707Tambahnya lagi, sekiranya usaha yang sama dijalankan di seluruh negara, ia akan memakan belanja tambahan sebanyak beberapa ratus juta ringgit.

"(Adakah) sukarelawan Umno yang buat begini? Tidak. (Ia melibatkan) syarikat-syarikat besar," katanya yang berpendapat isu tersebut tidak akan disiasat sepenuhnya kerana ia mungkin turut melibatkan kementerian dalam negeri./Malaysiakini